Risalah An Nur kini di tanganku

Assalamualaikum wrb..

Risalah An Nur, salinan dengan tulisan tangan oleh Almarhum Ahmad Ammar.

Saya mula mengenali Risalah An Nur setelah seorang hamba Allah dijemput pulang olehNya. Masyarakat yang terkesan dengan kehidupan Almarhum Ahmad Ammar bin Ahmad Azam kini kembali membetulkan 'allignment' yang tersilap. Terlihat kebesaran Allah dalam langkah- langkah hidup Almarhum sehingga hari beliau dikebumikan.

Kemudian saya mencari Risalah An Nur yang menjadi rujukan utama Almarhum Ammar dalam pembelajarannya di Madrasah Jamaah Hayrat. Saya download dalam bentuk pdf. Semoga Allah izinkan saya habis membaca buku yang tebal ni.

Bab satu buku ni telah diceritaan semula oleh Ustaz Hasrizal dalam webnya. Sebenarnya saya sendiri ada hasrat untuk menulis kembali apa yang saya baca, tapi lupus pula hasrat tu jadi angan- angan :(. Walau bagaimanapun, jazakallahukhair Ustaz Hasrizal, sebab dari tulisan ustaz baru saya rasa terinspirasi untu tulis semula dalam cara yang lebih mudah :).

Setakat yang saya sudah baca, dalam setiap bab, Badiuzzaman said Nursi akan memetik satu ayat Al Quran atau hadith, dan akan diterangkan melalui sebuah cerita yang menjadi analogi agar mudah difahami penerangan tentang ayat itu.

Di sini akan cuba saya kongsikan sedikit sebanyak bab kedua, yang saya baca dari terjemahan Bahasa Inggeris buku ini. pertama sekali saya ingin memohon maaf seandainya banyak yang kurang :)... Mudah- mudahan perkongsian ini dapat memberi banyak manfaat buat diri saya utamanya, dan dengan izin Allah buat insan yang membacanya.

Bismillahirrahmanirrahim.

"Iaitu orang- orang yang beriman kepada perkara- perkara ghaib." (Al Quran, 2:3)

Apa yang bagusnya beriman dengan dengan perkara- perkara kita tidak nampak? Apa yang ada di sebalik kepercayaan kita kepada Rabb (Tuhan). Umpamanya begini,

Ada dua orang pengembara. Seorang (1) ini meneruskan kembaranya dalam keadaan mementingkan diri dan sentiasa saja buruk prasangkanya. Manakala seorang lagi (2), mengembara dengan jiwa bertuhan, dan sentiasa mencari keuntungan dengan pergantungan terhadap Tuhannya.


Saat mereka bertemu kembali dari kembara masing- masing;

Pengembara 1: Aku memasuki sebuah negara yang jahat. Orang- orang di dalam negara itu malang sungguh. Meratap, tertindas, teruk betul keadaan mereka. Pendek kata segala- galanya huru- hara, rintihan, dan seksaan.

Pengembara 2: Itulah apa yang ada dalam hatimu sahabat.  Semuanya terpantul keluar, sehingga tawa kau lihat sebagai ratapan. Sedarlah, bersihkan kembali hatimu agar kerudung musibah yang menutupi matamu terbuka. Lihat kebenaran. Kau akan nampak Raja negeri itu bukanlah seperti yang kau imaginasikan. Dia malah adil, pemurah, penyayang, berkuasa... Dan negeri itu sendiri tak mampu untuk menunjukkan kepadamu tanda- tanda ini.

Pengembara 2: (tersedar). Terima kasih sahabat. Kau menyedarkan aku dari sangkaan burukku. Aku ingin bertaubat. Semoga Tuhan merahmatimu sahabat.

Siapakah pengembara 1? Dia bukan seorang mukmin sejati. Akhlaknya rosak, dan hatinya lalai. Dunia ini dilihat seperti tempat yang penuh beban dan dan kesusahan.

Pengembara 2 adalah analogi kepada seorang mukmin yang mengenali dan mengesakan Allah swt. Baginya, dunia ini merupaka tempat tinggal di mana Nama- nama Allah sering dibaca, tempat tinggal yang mengandungi perintah- perintah kepada manusia dan haiwan serta medan ujian buat insan dan jin. Kematian merupakan suatu perpindahan. Sesiapa yang meninggalkan dunia ini setelah tugasnya tercapai, akan pindah ke suatu dunia lain yang lebih menggembirakan. Hanyasanya dunia ini tempat untuk bekerja. Di matanya, pandangan kebaikan sentiasa mendahului kerana kefahamannya terhadap pandangan Ilahi. Hasilnya, lahirlah tindakan- tindakan dan perasaan yang halus, mulia, manis dan menyeronokkan dalam kepercayaan kepada Allah.

Sesungguhnya keselamatan itu hanya ada dalam Islam dan iman. Sentiasalah bibir ini mengucapkan, "Alhamdulillah, untuk agama Islam ini dan iman."

*******

Alhamdulillah untukMu ya Allah yang menggerakkan jari- jemari dan fikiran yang hampir karat.

Soton.
9.37 pm.






Comments

  1. Salam disayangi buat mu ...

    Sya terbaca perihal risalah annur dan terasa ingin mengetahuinya..
    Mudah mudahan ukhti berikan link pdf tu yer ..jazakillah

    Dari hamba Allah


    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualaikum..jazakillahukhair kerana sudi membaca titipan saya.. link nye di sini, https://archive.org/details/RisalaNur. Buku risalah an nur ada 4 siri semuanya .. semoga kita sesama dapat manfaatkannya:)

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

What Did I Do Today (Dawud Wharnsby)

Printable for Iqra' 1