Mawar: Tadabbur Surah Al Mukminun 12- 14

Assalamualaikum wrb dan salam sejahtera..

Bismillahirrahmanirrahim..



(23:12) We created man out of the extract of clay, (23:13) then We made him into a drop of life-germ, then We placed it in a safe depository, (23:14) then We made this drop into a clot, then We made the clot into a lump, then We made the lump into bones, then We clothed the bones with flesh,12 and then We caused it to grow into another creation.13 Thus Most Blessed is Allah, the Best of all those that create.14

“Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari saripati yang (berasal) dari tanah. Kemudian Kami jadikan saripati itu air mani (yang disimpan) dalam tempat yang kokoh (rahim). Kemudian air mani itu Kami jadikan segumpal darah, lalu segumpal darah itu Kami jadikan segumpal daging, dan segumpal daging itu Kami jadikan tulang belulang, lalu tulang belulang itu Kami balut dengan daging. Kemudian Kami jadikan dia makhluk yang (berbentuk) lain. Maka Mahasucilah Allah, Pencipta Yang Paling Baik.”(Q.S. Al-Mu'minun, 23: 12-14)

Ayat 12- 14 adalah salah satu antara banyak tanda kekuasaan Allah. Ayat ini merupakan sumber pengetahuan dalam bidang embryologi. Pakar embrologi, Prof Keith Moore sendiri mengakui akan Al Quran itu adalah kalamullah (words of God) melalui kajiannya terhadap ayat ini. Ini kerana, dalam sejarah bidang embroyologi, bidang ini hanya dikanali sebagai satu cabang ilmu pada tahun 1980-an sedangkan Al Quran telah mendedahkan tentangnya kepada manusia lebih 1400 tahun yang lalu kepada Rasulullah s.a.w. 

Prof Keith Moore telah menjalinkan Al Quran dengan bukunya edisi ketiganya, Development of Human Being, menjadikan buku itu lengkap. Melalui sebuah video di Youtube, Dr Zakir naik sendiri mengakui pengalamannya sebaga pelajar perubatan, katanya lebih kurang begini, "Kalau nak benar- benar mendapat markah yang tinggi, kena study buku Prof Keith Moore. Tapi kalau nak sekadar lulus, baca buku yang sekian- sekian pun tak apa."

Di samping itu, dengan kajian yang mendalam Prof Keith Moore turut mengakui bahawa Muhammad s.a.w itu adalah pesuruh Allah. Ada banyak video di youtube tentang pengakuan beliau ini.

Isi penting dalam ayat 12-14 ini yang menceritakan penciptaan manusia: 
1. Asal ciptaan dari saripati/ ekstrak tanah.
2. Air mani (nutfah) di dalam rahim
3. Seketul darah ('alaqah)
4. Seketul daging ('mudghah)

Tafsir Nouman Ali Khan

Saya memetik tafsir Ustaz Nouman melalui makna- makna perkataan yang digunakan dalam ayat 12-14.

1. Sulaaalatun: 

Berasal dari perkataan "salla" yang bermaksud menarik pedang dari sarungnya.
Maka di sini menunjukkan bahawa Allah mengekstrak nutrien- nutrien di dalam tanah liat yang disabutkan sebagai "tiin" di dalam ayat 12.

2. Nutfah/ nutfatun:
Bermaksud titisan. Dalam ayat ia bermaksud air mani.

3. Qararimmakiin:
Tempat yang kuat iaitu rahim ibu.

5. 'Alaqah: 
Bermaksud isi yang tergantung. Jika kita melihat maksudnya dalam bahasa arab, 'alaqah juga bermaksud lintah. Bukankah lintah merupakan haiwan yang suka bergantung?. 'Alaqah ini berasal dari perkataan 'alaqa yang bermaksud bergantung.


Komen Prof K. Moore tentang embryo yang menyerupai lintah. Sila lihat video.




6. Mudghah:
Bermaksud benda yang dikunyah. Contoh yang paling senang dilihat adalah gula- gula getah yang mana kalau digigt akan meninggalkan kesan gigitan kita.



Insha Allah setakat ini dulu yang dapat saya kongsikan. (Anak dah bangun!).. Doakan saya istiqamah dalam berkongsi apa yang saya pelajari, Insha Allah :)


Comments

Popular posts from this blog

What Did I Do Today (Dawud Wharnsby)

Printable for Iqra' 1