Kalimah ketiga: Kebahagiaan dalam Ibadah :)
Bismillahirrahmanirrahim.
"Wahai sekalian manusia! Beribadatlah..." (2:21)
"Wahai sekalian manusia! Beribadatlah..." (2:21)
Kisah perbandingan untuk tatapan rohani kita.
Dua orang tentera mendapat arahan untuk ke sebuah tempat. Mereka mengembara bersama. Sesampai di satu persimpangan, seorang lelaki sudah bersedia memberi penerangan:
"Jalan di sebelah kanan ini, kalau kau lalu, 9/10 akan beruntung. Kau akan senang.
Jalan di sebelah kiri pula, tak ada peraturan, tak ada siapa berkuasa atas dirimu. Kalau kau nak lalu sini, kau boleh tinggalkan semua barang- barang kelengkapanmu. Jadi lebih ringan dan mudah.
Bagi orang yang nak lalui jalan di sebelah kanan, atas perintah ketenteraan, kau mesti bawa kit bag, senjata, serta back pack yang penuh ration (makanan). Sebab ini persiapan bagi kau menghadapi musuh."
Selepas mendengar penerangan itu Askar A ambil jalan di sebelah kanan. Beban di belakangnya berkilo- kilo. Tapi dengan tenang dia meneruskan perjalanan kerana yakin dengan persiapan lengkap yang dibawanya.
Askar B pula telah mengambil jalan di sebelah kiri. Dia berjalan dengan penuh keringanan. Namun hatinya terasa berat. Dia risau, takut kerana tangannya kosong. Tiada apa walaupun sebilah senjata M-16. Bagaimana jika ada musuh menyerang? Di dalam perjalanan pula, dia ibarat seorang peminta sedekah, bersusah -payah hingga sampai ke destinasi.
Kedua- duanya sampai ke destinasi dengan keadaan yang sangat berbeza. Si A diberi anugerah taat setia, manakala si B penderhaka.
Di sebalik analogi..........
Askar A ialah orang yang berserah pada hukum Allah. Manakala Askar B ialah orang yang menuruti hawa nafsu dan kemahuannya sahaja. Jalan yang dilalui itu pula perumpamaan bagi laluan kehidupan dunia- alam kubur- akhirat.
Kit bag dan senjata merupakan analogi kepada ibadah, rasa takut dan harap kepada Allah. Askar A membawa segala kelengkapan itu, dan membebani dirinya. Sememangnya melaksanakan ibadah merupakan beban buat nafsu, tapi setelah melaksanakan ibadah, akan ada kesenangan dan keringanan buat hati.
Dalam solat kita bersyahadah bahawa tiada Tuhan selain Allah, maka dengan ini akan menemukan kita dengan pintu rahmat dalam segala hal kerana percayanya bahawa tiada Pemberi atau Penyedia selain Dia. Segala manfaat dan keburukan adalah ketetapanNya. Dia Maha Bijaksana, tiada yang sia- sia dariNya, Maha Pemurah, rahmat dan nikmatNya sangat luas.
Seseorang hamba Allah itu mengetuk pintu rahmat dengan doa. Segalanya berada di bawah perintah Allah, maka hambaNya berlindung, percaya, bergantung dan yakin denganNya.
Ternyata sumber kekuatan itu adalah percaya kepada Allah dan ibadah. Manakala menyimpang dari perintah Allah hanya membuahkan kebimbangan dan ketakutan. Seorang hamba Allah yang bersih hatinya, tidak akan takut meskipun bumi akan meletup. Ini kerana dia melihat segala- galanya sebagai kuasa Allah.
Keperluan manusia pula tidak terhingga, sedangkan manusia modalnya tiada. Dia sentiasa menjadi sasaran pelbagai musibah, namun tiada pula apa- apa kuasa untuk menghalang sepenuhnya. Modal dan kuasanya hanya sejauh capaian tangan tetapi harapan dan keinginan, sakit dan ujiannya melebihi perjalanan mata dan imaginasi.
(langit ilahi.com)
Sesiapa yang cerdik akan nampak dan faham apa itu keuntungan yang besar, kebahagiaan, dan nikmat kepada roh yang lemah dan memerlukan; iaitu keperluan terhadap ibadah, mengesakan Allah serta pergantungan semata- mata kepadaNya.
Kesimpulan
- Jalan yang selamat pastinya lebih disukai dari jalan yang bahaya.
- Jalan ibadah adalah 9/10 membawa kepada kebahagiaan yang kekal dan selamat.
- kebahagiaan dan ketenangan sebenar hanya berada dalam kerangka ibadah kepada Allah.
- Ucapkanlah "Alhamdulillah untuk ketaatan kepadanNya dan kejayaan."
- Bersyukurlah dijadikan sebagai Muslim :)
***************
Wallahualam. Maaf atas segala kekurangan perkongsian. Perkongsian ini bukanlah semata- mata terjemahan, tetapi sebagai penyampaian tentang apa yang dapat saya fahami melalui pembacaan. Untuk bacaan yang lebih jelas, pembaca diminta untuk mencari naskhah asal atau terjemahan yang sah.
Syukran atas kesudian singgah.. semoga Allah melimpahkan sebanyak- banyak kebaikan buat kita InsyaAllah...
Soton 21/12/13
10.57 mlm.
The life of Master Bediuzzaman Said Nursi- sebuah kisah hebat
Comments
Post a Comment