Posts

Homeschool by Helen and Sofia

Image
Bismillahirrahmanirrahim Alhamdulillah dengan izin dan rahmatNya dapat kami suri rumah berkumpul untuk minggu kedua usrah tadabbur Isnin. Namun pada minggu ini ada tetamu istimewa iaitu Helen dan anaknya Sofia, warga Southampton yang tinggal di Shirley. Mereka saya undang untuk meminta sedikit perkongsian tentang homeschool yang mereka jalani. Saya baru mengenali Helen, Sofia dan bapanya Khamis minggu lepas semasa saya berada di rumah Fatimah untuk belajar memasak Thai green curry. Mereka datang ke rumah Fatimah untuk menghantar risalah keagamaan Jehovah Witness (salah satu aliran Kristian) dalam Bahasa Thai. Allah takdirkan saya yang membuka pintu, maka biasalah, mereka memang saya fahami suka berbasa- basi dan beramah mesra. Sempat saya bertanya mengapa anak perempuan mereka, Sofia (10 tahun) tidak ke sekolah. Helen menjawab yang mereka menjalani hs. Maka tiba- tiba saya menjadi bersemangat berbual dengan mereka kerana ini kali pertama bertemu secara bersemuka dengan keluarga ...

Solat, sabar, khusyu'

Image
bismillahirrahmanirrahim.. Patutkah kamu menyuruh manusia supaya berbuat kebaikan sedang kamu lupa akan diri kamu sendiri; padahal kamu semua membaca Kitab Allah, tidakkah kamu berakal? ( Al-Baqarah 2:44 ) |  <Embed>   | English Translation   | Tambah Nota   |  Bookmark Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk; ( Al-Baqarah 2:45 ) |  <Embed>   | English Translation   | Tambah Nota   |  Bookmark (Iaitu) mereka yang percaya dengan yakin bahawa mereka akan menemui Tuhan mereka, dan bahawa mereka akan kembali kepadaNya. ----------------------------------- Saat ini, tatkala aku baca ayat ini, situasi yang berlaku adalah aku merasa sukarnya untuk mengamalkan kebaikan itu sendiri, walaupun aku giat menguruskan usrah di kawasan ni.  La haula wala quwwata illa billah.... y...

Southeast Asia Intelectual Forum

Image
Bismillahirrahmanirrahim Alhamdulillah i made it here today after all the chaos at home. I thought I was very late to go but it was just started when I arrived. To my surprise, there aren't many audience. Wot? This forum is really good. Poor for some people especially undergrad students who didn't came... You might be comparing the education system between the UK and Malaysia again and again. Heh heh heh. Which I will avoid myself to do it, after listening to the talk by panels from Malaysia (Kak Lily), Thailand (Ibrahim), Brunei (Miss Tinah), and Indonesia (Pak Didiek) and also audience representative from Philipines and Vietnam. Keep it in my heart, a quote from Pak Didiek. You cannot change the world unless you change yourself, and start it witin your circle, especially when you have young children in the age 0- 7 years.

Pengakuan seorang homeschooler

Bismillahirrahmanirrahim Dua minggu yang dirasakan penuh stress. Tak tau dari mana puncanya. Mungkin iman yang sedang lemah. Hari ini dalam sejarah. Aku mengalami burn out. Rasa macam nak menangis kemudian nak gelak macam orang gila tu. Dalam lemah aku gerakkan mulut untuk beristighfar. HS juga agak kelam kabut. Banyak aktiviti tak dibuat walaupun telah dirancang. Muna merayu minta aktiviti. Tetapi terasa pandanganku kosong dan aku tidak bersedia untuk hari itu. Kosong. Minta doa dari Pemilik ilmu. Dipertemukan dengan Helen, homeschooler pertama yang kutemui secara langsung tanpa dirancang. Kemudian Helen bersetuju bertemu lagi untuk berkongsi tipsnya. Terima kasih Allah. Mungkin Allah nak segarkan kembali mindaku yang berserabut dengan pelbagai perancangan. Hmmmmmpppphhh. Isnin ini inshaallah. Moga Allah permudhkan. Moga jadi medan dakwahku di bumi Southampton. Kepala ligat berfikir. Pelbagai khayalan kesempurnaan menerpa. Perlu segera ditolak kerana khayalan punca aku ...

Nota hidupku : Kisah mak si papan lapis

Bismillahirrahmanirrahim Jam menunjukkan pukul 11.07 malam. Mataku segar kerana tadi aku sudah terlebih dahulu lena saat menidurkan Muna. Dipaksa bangun oleh suami supaya menyelesaikan banyak kerja rumah yang tertangguh. Rumah masih bersepah hasil kreativiti anak- anak. Namun aku terasa sangat letih dan culas. Suamiku gagal memujukku bangun. Tetapi dalam masa tidak sampai lima minit kemudian aku mahu tidak mahu bangun setelah Maryam merengek keresahan dengan lampin yang sudah penuh. Itu cerita tadi, sekarang aku perlu menunggu rebusan ayam siap untuk memasak nasi ayam penyet buat hidangan tetamu esok. Suami sudah masuk tidur. Tatkala membasuh ayam tadi fikiranku menerawang jauh ke alam kanak- kanakku. Sehingga kupaksa mindaku untuk kembali fokus kepada ceramah tafsir quran Nouman Ali Khan di Youtube yang sedang terpasang di dapur. Entah dari mana aku mula berkhayal, tidak dapat kupastikan. Ia datang timbul tenggelam. Antaranya aku memikirkan tentang homeschool dan tentang kons...

Buku Tarbiyatul Aulad: Hukuman yang dilaksanakan oleh ibu bapa di rumah

Image
Bismillahirrahmanirrahim Hukuman yang dilaksanakan oleh ibu bapa di rumah a. Tindakan terhadap anak dengan lemah lembut, dan belas kasihan b. Menjaga tabiat anak dari berbuat salah yang menyebabkan hukuman dikenakan ke atasnya - hukuman pada bila perlu sahaja setelah tindakan menegur, menasihati dsb telah dilaksanakan - kekerasan yang terus- menerus akan menyebabkan anak jadi pengecut, lemah semangat dan lari dari tanggungjawab, jiwa memberontak, kecergasan akan hilang, suka berdusta dan berlaku jahat, lama kelamaan menjadi kebiasaan c. Berperingkat dalam pemulihan dari yang ringan kepada berat 1. menuujukkan kesalahan dengan bimbingan 2. menunjukkan kesalahan dengan lemah- lembut 3. menunjukkan kesalahan dengan isyarat 4. menunjukkan kesalahan dengan marah; hadith riwayat Bukhari Rasulullah saw menegur Abu Zar ra yang telah memalukan seorang lelaki, dengan mengatakan Abu Zar masih terpengaruh cara jahiliyyah. Kemudian baginda menasihati Abu Zar cara yang sesuai dengan ...

Satu hari 17/11/15 jurnal

Image
Bismillahirrahmanirrahim Awal kami mula hs hari ni. Pukul 8 pagi muna sudah minta baca iqra. Nak solat dhuha. Bagi Muna aktiviti menulis. Tak sempat sedia worksheet. Guna terus buku jolly phonics. Maryam main bubbles di belakang. Spooning dan pouring. Beberapa minit kemudian Muna join. Saya menaip blog ni di bloggeroid telefon sekarang. Sekejap lagi semasa mereka sibuk saya akan sediakan bahan untuk kami buat butter biscuit mcm gingerbread man. Sambil kemas skit dapur. Quran terpasang. Mereka bersembang- sembang sambil bermain. Semasa saya solat zohor muna dan maryam melukis di papan putih. Kemudian aunty husna datang singgah. Jam 3.40 maya, zara, dan yana datang untuk mengaji. Aunty Husna pulang. Maghrib kami solat bersama- sama sebelum mula mengaji dan melukis. Makan malam dan solat isyak, kemudian muna dan maryam tidur. 7.30 malam, abah muna pulang. Kecewa anak- anak sudah tidur. Mak dan abah muna bersembang sambil makan malam. Setelah mengemas dapur say...