Istikharah
Bismillahirrahmanirrahim. Kebanyakan kita pernah melakukan istikharah sekurang- kurangnya sekali. Biasanya orang nak kawin hihihi. Bila difikir- fikir kelakar pulak bila istikharah apabila tarikh perkahwinan dah dekat. Bukan salah, tapi biarlah istikharah dibuat sebelu mendekati masa membuat keputusan. Jadi lebih mudah bila nak memilih berdasarkan apa yang dirasakan 'petunjuk Allah'. Saya baru ada pengalaman dengan istikharah. Pilihan yang banyak, semuanya ada kebaikan masing- masing. Keputusan yang saya buat bakal mempengaruhi bukan setakat hidup sendiri, malah keluarga terutamanya. Sebelum melakukan istikharah, saya cuba mengumpul maklumat tentang pilihan yang ada. Bertanya, men'google', semuanya mudah di zaman sekarang. Kemudian barulah bersiap- siap untuk istikharah. Sebelum itu, study dulu tentang istikharah; - Ia merupakan adab kita dengan Allah. Yela, Allah yang memiliki kita. Jadi lebih santun bila kita meminta dengan Allah akan apa yang kita inginkan...