Musim bunga yang mengharumkan ilmu dan ukhuwah :)
Bismillahirrahmanirrahim. Musim bunga tiba awal tahun ini. Sejak munculnya tunas daffodil dari permukaan tanah, hati setiap insan terasa berbunga riang. Petanda kedinginan yabg terlampau akan berlalu, mentari akan bersinar terang, dan bunga- bunga akan menghiasi pandangan di mana- mana sahaja. Inilah peluangnya untuk menikmati waktu siang yang semakin panjang, dengan cara yang sebaik- baiknya. Ini masanya untuk keluar bertemu rakan- rakan keluarga Malaysia, berkongsi cerita dan ilmu. Jumaat lepas, merupakan usrah terakhir Quran di Hati bersama Kak Lin yang akan pulang ke Malaysia esok. Kak Lin berkongsi tentang Hadis 40 Imam Nawawi tentang pergantungan kepada Allah. Kemudian sesi bergambar kenangan. Pasti dirindui. Tak berpeluang nak ikut Solat Jumaat. Insyaallah lain kali :). Hari ini Mawar Soton (tanpa perancangan yang banyak) mengadakan piknik tosai... tajaan Kak Betty yang baru kami kenali. Kak Betty telah tinggal di Southampton selama 10 tahun. Terasa nikmatny...