Musim bunga yang mengharumkan ilmu dan ukhuwah :)

Bismillahirrahmanirrahim.

Musim bunga tiba awal tahun ini. Sejak munculnya tunas daffodil dari permukaan tanah, hati setiap insan terasa berbunga riang. Petanda kedinginan yabg terlampau akan berlalu, mentari akan bersinar terang, dan bunga- bunga akan menghiasi pandangan di mana- mana sahaja.

Inilah peluangnya untuk menikmati waktu siang yang semakin panjang, dengan cara yang sebaik- baiknya. Ini masanya untuk keluar bertemu rakan- rakan keluarga Malaysia, berkongsi cerita dan ilmu.

Jumaat lepas, merupakan usrah terakhir Quran di Hati bersama Kak Lin yang akan pulang ke Malaysia esok. Kak Lin berkongsi tentang Hadis 40 Imam Nawawi tentang pergantungan kepada Allah.



Kemudian sesi bergambar kenangan. Pasti dirindui.






Tak berpeluang nak ikut Solat Jumaat. Insyaallah lain kali :).



Hari ini Mawar Soton (tanpa perancangan yang banyak) mengadakan piknik tosai... tajaan Kak Betty yang baru kami kenali. Kak Betty telah tinggal di Southampton selama 10 tahun. Terasa nikmatnya.. ukhuwah di sini.



Tosai Kak Betty laris!!!! ;).. terima kasih Kak Betty, Kak Lin, Kak Norul, Kak Nana yang menaja makanan :)... Kenyangnya dan happy..Alhamdulillah..





Malam; pergi menadah telinga di sebuah talk yang cukup bermakna di hati seorang wanita sepertiku ;p


Disampaikan oleh Ummu Harith. Beliau merupakan seorang bekas peguam professional yang kini berada di rumah sepenuh masa membesarkan anak- anak. Demi Allah. Inshaallah.


Intipati dari talk ini, bukanlah untuk mengajak para wanita meninggalkan dunia menuntut ilmu ke peringkat tertinggi atau menjalani karier pilihan masing- masing dan kembali menjadi suri rumah; cuma Ummu Harith mengingatkan kembali kepada tujuan asal kita, dan bagaimana seharusnya kita sebagai muslimah mendefinisi kejayaan berdasarkan fitrah yang Allah kurniakan kepada kita, bukan mengikut pandangan dunia.

Sangat bersemangat dan memberi inspirasi. Ramai pula yang berpusu- pusu ingin bertemu dengan beliau selepas talk sehingga kami tak berpeluang mengambil gambar bersamanya. Tak apa, biarlah semangatnya terpahat dalm hati ini. Inshaallah. Pukul 8 lebih, pulang ke rumah dan dua orang buah hati ini sudah lena dengan gaya masing- masing. Masing- masing memahami ibu ini perlu keluar rumah juga demi mencari ilmu untuk membantu menyempurnakan tugas sebagai hamba Allah dan khalifahNya. Doaku agar kehidupan seperti ini Allah izinkan buat kumemanfaatinya.

"Maka nikmat Tuhanmu yang manakah ingin kau dustakan?"- Surah Arrahman.

Ok mari kembali mengemas rumah sebelum melelapkan mata :D

Selamat malam. Assalamualaikum....

Comments

Popular posts from this blog

What Did I Do Today (Dawud Wharnsby)

Printable for Iqra' 1