Diuji dengan orang yang diuji.

Bismillahirrahmanirrahim.




Bahan bacaan saya yang baru- baru ini; Tips Menjadi Murobbi Sukses (Satria Hadi Lubis) yang dikongsi sahabat yang disayangi, Kak Lin.

Memang hidup ini rancangan ilahi semuanya. Dalam cuba- cuba ingin mendalami ilmu bagaimana untuk berdakwah, Allah datangkan ujian dengan menghantar mad'u. Mungkin tak layak untuk menggelarkan diri sebagai da`ie..tapi hampir- hampir begitulah.

Diri ini tak terlepas dari rasa ingin menghukum..di sebalik rasa ingin membimbing. Betapa mudahnya. Kerana mad'u yg Allah datangkan ini terlampau unik..dan tak pernah kutemui insan seunik dirinya. Dulu saya mengajar di Kolej Matrikulasi, sangka saya sudah berpuas hati dapat menasihati pelajar dan terasa mudahnya sesetengah pelajar mengambil lngkah berubah.

Kini, dia seorang yang lebih dewasa, dan pandangan hidupnya yang pada saya perlu diperbetuli itu terlalu liat untuk dikalahkn. Dan setiap kali juga saya yang kalah. Ada bara yang menyala dalam hati ini tatkala diri diuji dengan sikap orang seperti itu.

Namun, itu semua berlaku dengan izin Allah. Tidak Allah temukan saya dengan dia melainkan dengan izinNya.

Dia mengarapkn saya mmbimbingnya, tapi saya terasa seperti dia ini buluh yang kata orang, susah dah nk dilenturkan. Dan masalah itu menjadi lebih rumit apabila kami hanya berkomunikasi melalui telefon. Saya rasa sangat rimas. Cadangan saya menyuruhnya berguru saya dapati sngat sukar untuk dia laksanakan. Kerana mungkin di sini sangat susah untuk mencari kuliah2 atau taklim di masjid surau. Perlu banyak bertanya, bukan menanti iklan macam di Malaysia. Patutnya kita di Malaysia lebih bersyukur.

Jadi, saya yang terasa seperti dia ini 'clinging' .. InsyaAllah ingin mengambil langkah berikut:

1. hadkan perhubungan melalui telefon. Jadikan mesej ringkas. Nak tahu lebih kena berjumpa.
2. senaraikan solusi untuknya dan plan tindakan. Agar dia boleh rujuk setiap masa. Kalau cakap bebuih2 mulut pun mungkin dia lupa.
3. cadangkan solusi asas, step by step, dan mudah untuk dia ikuti.
4. lepas habis sesi, LUPAkan. inilah masanya saya menumpukan sepenuhnya diri saya kepada pergantungan pada Allah dn tanggungjawab lain.

Semoga Allah kurniakan saya kekuatan.. InsyaAllah.

Wasalam

Comments

Popular posts from this blog

What Did I Do Today (Dawud Wharnsby)

Printable for Iqra' 1