Kalimah ketiga: Kebahagiaan dalam Ibadah :)
Bismillahirrahmanirrahim. " Wahai sekalian manusia! Beribadatlah..." (2:21) ( http://hasbunallahwanimalwakil.wordpress.com/2012/01/04/ibadah/ ) Kisah perbandingan untuk tatapan rohani kita. Dua orang tentera mendapat arahan untuk ke sebuah tempat. Mereka mengembara bersama. Sesampai di satu persimpangan, seorang lelaki sudah bersedia memberi penerangan: "Jalan di sebelah kanan ini, kalau kau lalu, 9/10 akan beruntung. Kau akan senang. Jalan di sebelah kiri pula, tak ada peraturan, tak ada siapa berkuasa atas dirimu. Kalau kau nak lalu sini, kau boleh tinggalkan semua barang- barang kelengkapanmu. Jadi lebih ringan dan mudah. Bagi orang yang nak lalui jalan di sebelah kanan, atas perintah ketenteraan, kau mesti bawa kit bag, senjata, serta back pack yang penuh ration (makanan). Sebab ini persiapan bagi kau menghadapi musuh." Selepas mendengar penerangan itu Askar A ambil jalan di sebelah kanan. Beban di belakangnya berkilo- kilo. Tapi dengan t...