Homeschool by Helen and Sofia
Bismillahirrahmanirrahim Alhamdulillah dengan izin dan rahmatNya dapat kami suri rumah berkumpul untuk minggu kedua usrah tadabbur Isnin. Namun pada minggu ini ada tetamu istimewa iaitu Helen dan anaknya Sofia, warga Southampton yang tinggal di Shirley. Mereka saya undang untuk meminta sedikit perkongsian tentang homeschool yang mereka jalani. Saya baru mengenali Helen, Sofia dan bapanya Khamis minggu lepas semasa saya berada di rumah Fatimah untuk belajar memasak Thai green curry. Mereka datang ke rumah Fatimah untuk menghantar risalah keagamaan Jehovah Witness (salah satu aliran Kristian) dalam Bahasa Thai. Allah takdirkan saya yang membuka pintu, maka biasalah, mereka memang saya fahami suka berbasa- basi dan beramah mesra. Sempat saya bertanya mengapa anak perempuan mereka, Sofia (10 tahun) tidak ke sekolah. Helen menjawab yang mereka menjalani hs. Maka tiba- tiba saya menjadi bersemangat berbual dengan mereka kerana ini kali pertama bertemu secara bersemuka dengan keluarga ...