Bismillahirrahmanirrahim. Dalam mencari erti kehidupan, seseorang akan temui pelbagai perkara yang sebenarnya perlu difikirkan. Terjadinya sesuatu perkara itu, bukan sia- sia. Semuanya bersebab, dan juga menjadi ujian buat sesiapa yang masih bernafas di bumi Tuhan ini. Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan Bumi, dan silih bergantinya malam dan siang, terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal. Yaitu orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri dan duduk, dan dalam keadaan berbaring, dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi sambil berkata: "Ya Tuhan kami, Engkau tidak menciptakan ini dengan sia-sia! Maha Suci Engkau! Maka peliharalah kami dari siksa neraka." (3:190-111) Nasihat Cikgu Abdoh . Tidak semua yang Cikgu Abdoh ceritakan dan nasihatkan dapat kusimpan dalam memori ini. Tetapi, satu perkara, aku mengingat beliau sebagai sebuah nasihat itu sendiri. Apa yang beliau sampaikan, kulihat itulah yang ada pada diri beliau. Beliau ...