Nasihat yang masih meMEKAR di hati, dari bumi Wales

Bismillahirrahmanirrahim.

Dalam mencari erti kehidupan, seseorang akan temui pelbagai perkara yang sebenarnya perlu difikirkan. Terjadinya sesuatu perkara itu, bukan sia- sia. Semuanya bersebab, dan juga menjadi ujian buat sesiapa yang masih bernafas di bumi Tuhan ini.


Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan Bumi, dan silih bergantinya malam dan siang, terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal.

Yaitu orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri dan duduk, dan dalam keadaan berbaring, dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi sambil berkata: "Ya Tuhan kami, Engkau tidak menciptakan ini dengan sia-sia! Maha Suci Engkau! Maka peliharalah kami dari siksa neraka."
(3:190-111)
Nasihat Cikgu Abdoh.
Tidak semua yang Cikgu Abdoh ceritakan dan nasihatkan dapat kusimpan dalam memori ini. Tetapi, satu perkara, aku mengingat beliau sebagai sebuah nasihat itu sendiri. Apa yang beliau sampaikan, kulihat itulah yang ada pada diri beliau. Beliau sudah tua, tapi mengamalkan pemakanan sihat dan aktif jasmaninya. Banyak kali beliau menceritakan tentang guru beliau, yang aku lupa namanya, tentang bagaimana beliau terkesan dengan gurunya yang tanpa banyak cakap, hikmahnya menelusuri jiwa orang yang menuntut dengannya. Segalanya ditunjukkan melalui perlakuan yang datang dari hati yang lurus. Subhanallah.
Itulah yang aku cari. HIKMAH. Hikmah kuperlukan, tapi banyak masa aku terasa diriku banyak bertindak bodoh. Dalam lemah, kucuba kutip di mana sahaja hikmah yang aku temui.
Rasulullah SAW bersabda; “Hikmah itu adalah barang yang hilang milik orang yang beriman. Di mana saja ia menemukannya, maka ambillah.” (HR. Tirmidzi) 
Di mana lagi harus aku temukan hikmah?
"Al- Karamani said, whoever made his exterior in line with Sunnah and his interior in constant rememberace (to His Lord) and restrained himself from (following) desires and his eyes from (looking at) what is prohibited and made himself used to eating halal (food) then his sight will never fail".
Sekian, nota hati pada hari ini.


Comments

Popular posts from this blog

What Did I Do Today (Dawud Wharnsby)

Printable for Iqra' 1