Program Mengaji dan Summer Camp episod 2
Bismillahirrahmanirrahim.
Alhamdulillah summer camp kami telah melabuhkan tirai pada Jumaat lepas 21/8/15, dengan sesi berkelah bersama ibu- ibu.
Berikut merupakan aktiviti yang telah kami jalankan sebagai aktiviti iringan kelas mengaji.
1. Eksperimen Milk Explosion
5. Seni anyaman meningkatkan kemahiran psikomotor dan berfikir anak- anak.. masya Allah..
7. Eksperimen 'dancing raisins'. Aunty Wana ajar Kimia sedikit sebanyak. Sedikit kismis untuk eksperimen, banyak pula masuk mulut. (-_-)
10. Piknik baru bermula, di universiti.
Persembahan volcano oleh cikgu dan anak- anak, selepas sesi perkongsian ilmu para ibu.
12. Yeay..alhamdulillah. Selesai..jom balik.. Jangan lupa mengaji di rumah ye. Selamat bersekolah kembali September ini... Terima kasih buat semua yang menjayakan Summer Camp kami!!! Sayang Keluarga Soton :D
Perkongsian ringkas ibu- ibu: Asas Sebagai Seorang Pendidik (Sumber: Buku Pendidikan Anak- anak dalam Islam)
1. Ikhlas
2. Taqwa
3. Berilmu pengetahuan
4. Suka memaafkan
5. Merasakan tanggung jawab
Nota hati ;)..
Usia 0- 6 tahun merupakan usia anak begitu dekat dengan ibu bapa. Di usia inilah kita seharusnya membelai mereka dan menerapkan sebanyak- banyaknya nilai yang baik sebagai asas hidup mereka, sebelum mereka menjengah dunia luar dan mengenali pelbagai rupa insan yang akan ditemui sebagai kawan- kawan, guru, dsb. Usia inilah, wahai ibu bapa, membentuk siapa diri anak kita. Mungkin kita boleh merenung diri buat sejenak, dan cuba mengingat kembali pula apa yang telah kita lalui saat usia 0-6 tahun. Ketika mereka berada di samping kita, mereka juga membantu kita dengan menjadi 'cermin diri' kita sebagai ibu bapa. Mungkin dari kelakuan mereka dapat kita lihat di mana kelebihan dan kekurangan kita, kerana Allah jadikan mereka ibarat span, yang menyerap air dengan mudah.
Malangnya, sesetengah insan masih lagi sibuk mengejar kehendak materialisme dunia dan menyerahkan permata hati mereka kepada orang yang tidak selayaknya (wal' iyazubillah)... Semoga, dalam urusan kita menyumbang bakti kepada negara, kita tidak lupakan bahawa anak- anak kita, dan keluarga kita adalah asas kepada agama dan negara itu sendiri. Semoga Allah temukan ibu- ibu yang keluar bekerja dengan penuh ikhlas dengan insan- insan luhur yang mengambil alih tugas mendidik anak- anak mereka.
Saat ibu- ibu berada di luar,hati mereka sentiasa bersama anak- anak... fitrah seorang ibu.
"Ketika saudara perempuanmu pergi mencarimu lalu berkata kepada orang-orang yang memungutmu:" Mahukah, aku tunjukkan kamu kepada orang yang boleh memeliharanya?" Maka dengan jalan itu Kami mengembalikanmu kepada ibumu supaya tenang hatinya dan supaya ia tidak berdukacita kerana bercerai denganmu..."
(Sebahagian Surah Taha, ayat 20)
Selagi termampu, gunakanlah masa yang ada bersama mereka dengan sebaik- baiknya. Bermainlah, ketawalah walaupun rumah kita sungguh bersepah ;')... kerana di situ anak sesuatu yang jiwa kita, dan jiwa anak- anak perlukan. Sesuatu untuk mereka kenang apabila mereka telah dewasa. Sesuatu yang menjadi bekal. Yang mendatangkan rahmat Allah pada rumah tangga kita. Sesuatu yang tak mampu dicapai atas usaha orang lain.
Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka yang bahan-bahan bakarannya: manusia dan batu (berhala); neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar (layanannya); mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkanNya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan.
(At- Tahrim: 6)
Petikan buku Learning FUNdamentals (oleh Colin Rose dan Gorden Dryden)
It's up to you
At least 50% of our ability to learn is developed in first five years of life. About 30% more is developed before the age of eight. This means that:
Harap entri kali ini memberi sinar untuk kita semua. Luahkan dengan insan yang dipercayai, sekiranya ada yang terpendam dalam hati, moga- moga Allah temukan kita dengan penyelesaianNya. Entri ini adalah harapan saya, yang baru mula mengenal peri pentingnya pendidikan awal (Early Years Education) dan saya sendiri seorang ibu yang bakal menyambung kerja setelah tiga tahun bercuti.
Moga kita sentiasa bergantung pada Dia yang Maha Melindungi.
Jika ada masa, mari kita sama- sama baca artikel ini yang baru saya temui.
https://www.gov.uk/government/uploads/system/uploads/attachment_data/file/284086/early-intervention-next-steps2.pdf
Terima kasih atas kesudian melawat blog sederhana ini, mohon maaf atas segala salah silap.
Jazakumullahukhairan.
Wasalam.

2. Aunty Lani belanja pizza!!! Jazakillahukhair Aunty Lani! :) Semoga sukses menyelesaikan phD dalam masa yang ditetapkan..hihihi..
3. Anak- anak secara sukarela menadah kitab. (Sebab nak cepat ngaji, boleh join next aktiviti, ehh.. ;P)
4. Painting dengan teknik capan menggunakan kentang, lobak. daun dan bunga.
5. Seni anyaman meningkatkan kemahiran psikomotor dan berfikir anak- anak.. masya Allah..
6. Yummm... Aunty Zaty Alan datang untuk ajar dekorasi cup cake :).. dengan cream cheese dan fondant. Mak- mak pun tekun mendengar. Terima kasih Aunty Zaty!!!
Hasil kerja anak- anak
7. Eksperimen 'dancing raisins'. Aunty Wana ajar Kimia sedikit sebanyak. Sedikit kismis untuk eksperimen, banyak pula masuk mulut. (-_-)
8. Membina model roket. Riuh sungguh suara anak- anak ni nak mengecat sebiji roket.
9. Saat ditunggu- tunggu. 'Playing outside' atas trampolin... Gambar sebelum mereka menjadi boing-boing.
10. Piknik baru bermula, di universiti.
Persembahan volcano oleh cikgu dan anak- anak, selepas sesi perkongsian ilmu para ibu.
12. Yeay..alhamdulillah. Selesai..jom balik.. Jangan lupa mengaji di rumah ye. Selamat bersekolah kembali September ini... Terima kasih buat semua yang menjayakan Summer Camp kami!!! Sayang Keluarga Soton :D
Perkongsian ringkas ibu- ibu: Asas Sebagai Seorang Pendidik (Sumber: Buku Pendidikan Anak- anak dalam Islam)
1. Ikhlas
2. Taqwa
3. Berilmu pengetahuan
4. Suka memaafkan
5. Merasakan tanggung jawab
Nota hati ;)..
Usia 0- 6 tahun merupakan usia anak begitu dekat dengan ibu bapa. Di usia inilah kita seharusnya membelai mereka dan menerapkan sebanyak- banyaknya nilai yang baik sebagai asas hidup mereka, sebelum mereka menjengah dunia luar dan mengenali pelbagai rupa insan yang akan ditemui sebagai kawan- kawan, guru, dsb. Usia inilah, wahai ibu bapa, membentuk siapa diri anak kita. Mungkin kita boleh merenung diri buat sejenak, dan cuba mengingat kembali pula apa yang telah kita lalui saat usia 0-6 tahun. Ketika mereka berada di samping kita, mereka juga membantu kita dengan menjadi 'cermin diri' kita sebagai ibu bapa. Mungkin dari kelakuan mereka dapat kita lihat di mana kelebihan dan kekurangan kita, kerana Allah jadikan mereka ibarat span, yang menyerap air dengan mudah.
Malangnya, sesetengah insan masih lagi sibuk mengejar kehendak materialisme dunia dan menyerahkan permata hati mereka kepada orang yang tidak selayaknya (wal' iyazubillah)... Semoga, dalam urusan kita menyumbang bakti kepada negara, kita tidak lupakan bahawa anak- anak kita, dan keluarga kita adalah asas kepada agama dan negara itu sendiri. Semoga Allah temukan ibu- ibu yang keluar bekerja dengan penuh ikhlas dengan insan- insan luhur yang mengambil alih tugas mendidik anak- anak mereka.
Saat ibu- ibu berada di luar,hati mereka sentiasa bersama anak- anak... fitrah seorang ibu.
"Ketika saudara perempuanmu pergi mencarimu lalu berkata kepada orang-orang yang memungutmu:" Mahukah, aku tunjukkan kamu kepada orang yang boleh memeliharanya?" Maka dengan jalan itu Kami mengembalikanmu kepada ibumu supaya tenang hatinya dan supaya ia tidak berdukacita kerana bercerai denganmu..."
(Sebahagian Surah Taha, ayat 20)
Selagi termampu, gunakanlah masa yang ada bersama mereka dengan sebaik- baiknya. Bermainlah, ketawalah walaupun rumah kita sungguh bersepah ;')... kerana di situ anak sesuatu yang jiwa kita, dan jiwa anak- anak perlukan. Sesuatu untuk mereka kenang apabila mereka telah dewasa. Sesuatu yang menjadi bekal. Yang mendatangkan rahmat Allah pada rumah tangga kita. Sesuatu yang tak mampu dicapai atas usaha orang lain.
Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka yang bahan-bahan bakarannya: manusia dan batu (berhala); neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar (layanannya); mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkanNya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan.
(At- Tahrim: 6)
Petikan buku Learning FUNdamentals (oleh Colin Rose dan Gorden Dryden)
At least 50% of our ability to learn is developed in first five years of life. About 30% more is developed before the age of eight. This means that:
- Parents are child's main teachers
- Children are their own best educators
- The home, not the school, is probably the most important educational institution.
Harap entri kali ini memberi sinar untuk kita semua. Luahkan dengan insan yang dipercayai, sekiranya ada yang terpendam dalam hati, moga- moga Allah temukan kita dengan penyelesaianNya. Entri ini adalah harapan saya, yang baru mula mengenal peri pentingnya pendidikan awal (Early Years Education) dan saya sendiri seorang ibu yang bakal menyambung kerja setelah tiga tahun bercuti.
Moga kita sentiasa bergantung pada Dia yang Maha Melindungi.
Jika ada masa, mari kita sama- sama baca artikel ini yang baru saya temui.
https://www.gov.uk/government/uploads/system/uploads/attachment_data/file/284086/early-intervention-next-steps2.pdf
Terima kasih atas kesudian melawat blog sederhana ini, mohon maaf atas segala salah silap.
Jazakumullahukhairan.
Wasalam.
Comments
Post a Comment