Kisah Summer Camp 2015:: menghiasi kelas mengaji di musim cuti sekolah.
Bismillahirrahmanirrahim
Program Mengaji Musim Panas 2015 ada tiga hari lagi untuk berakhir.
Berikut merupakan inti pati program yang kami, [para suri rumah ;) bersama Sekolah Malaysia Southampton] anjurkan.
Program Mengaji Musim Panas 2015 ada tiga hari lagi untuk berakhir.
Berikut merupakan inti pati program yang kami, [para suri rumah ;) bersama Sekolah Malaysia Southampton] anjurkan.
PROGRAM MENGAJI CUTI MUSIM PANAS
OBJEKTIF:
- Mengisi masa terluang anak- anak dengan pendidikan awal Al Quran dan pelbagai aktiviti yang merangsang minda.
- Meneroka minat dan cara pembelajaran anak- anak terutama dalam membaca Iqra’ (Audia/ kinestatik/ visual).
- Mendedahkan anak-anak pendidikan awal tentang sains, ilmu kemahiran hidup dan seni kreatif
MASA PROGRAM
Tempoh: Empat minggu sepanjang cuti sekolah.
Masa: Isnin hingga Rabu. 10 pagi- 12 tengahari.
TENAGA PENGAJAR
- Rashidah
- Ainn
- Husna
- Shila
- Zawana
- Auni
AKTIVITI
- Murid tiba dan diberikan worksheet untuk dibuat sementara menunggu murid lain/ murid berkumpul dan mendengar/ membaca surah- surah pendek.
- Murid berkumpul untuk melaksanakan aktiviti (sains, life skill, art & craft) sambil menunggu giliran untuk mengaji (one- to- one)
Minggu
|
Isnin
(Kemahiran hidup)
|
Selasa
(Seni dan kraf)
|
Rabu
(Sains)
|
1
|
Menanam pokok
|
Membina model gunung berapi
|
Eksperimen gunung berapi
|
2
|
Baking (cornflakes)
|
Serangga kertas
|
Meninjau serangga di sekeliling
|
3
|
Adab makan dan penyediaan makanan (sandwich dsb)
berkelah di belakang rumah
|
Anyam tikar kertas
|
Eksperimen : ‘Milk explosion’/
Telur di dalam botol
|
4
|
‘Pretend play’
|
Melukis dan mewarna
|
Eksperimen : Deria rasa/
“Dancing raisins’
|
Aktiviti tambahan:
Bacaan buku cerita dan melukis cerita
PENILAIAN
- Setiap worksheet/ hasil kerja yang dibuat oleh murid dibukukan (bind).
- pencapaian murid dicatat secara ringkas di dalam buku penilaian dan dilihat oleh ibu bapa apabila mereka datang.
BAHAN DIPERLUKAN
- kertas A4
- paper binder
- penebuk lubang kertas
- tanah (compost)
- pasu
- biji benih
- aluminium foil
- cuka
- soda bicarbonat
- pewarna makanan
- garam
- cornflakes
- muffin paper cup
- kertas warna
- pen warna
- warna cat
- susu
- drawing block
- sparkling water
- kismis
- botol kaca
Yang di atas ini merupakan sedikit sebanyak isi kertas cadangan. Kami cedok sedikit sebanyak cara pembelajaran anak- anak di sekolah mereka. Alhamdulillah, kebanyakan aktiviti dapat dilaksanakan, manakala ada sesetengah aktiviti yang ditukar mengikut kesesuaian. Apapaun, syukur anak- anak yang menyertai kem memberikan kerjasama yang sangat baik. Dan mereka sangat seronok...
Membina model gunung berapi
Baking (cornflakes)
Serangga
Adab makan dan penyediaan makanan (sandwich dsb)
berkelah di belakang rumah
‘Pretend play’
MENGAJI TIME!!!
Alhamdulillah...semua kemudahan datang dari Allah. Doaku, meskipun dalam kegawatan ekonomi dan politik yang berlaku, kita para ibu bapa Muslim dapat kembali melihat kepada 'para pemimpin masa depan' yand sedang membesar di dalam rumah- rumah kita. Bagaimana akan kita corakkan mereka dan bantu mereka mencapai tujuan penciptaan manusia.
InshaAllah.
sehingga jumpa lagi. sedang bergelut dengan maryam yang mahu menekan kekunci komputer ;)
Comments
Post a Comment