Sekeping surat, sebuah wake up call.
Bismillahirrahmanirrahim
Semalam semasa mengemas kotak surat yang bersepah, terjumpa surat ditujukan kepada "Parents of Muna Safiyyah Abd Muhaimin". Rupa- rupanya surat tawaran untuk Muna sertai Honeybeez Preschool yang jaraknya di belakang rumah kami sahaja. Sudah 2 bulan surat itu di situ. Jangka masa tawaran sudah ditutup, tapi masih boleh bincang dengan pengurusan sekolah jika berminat.
Setelah berfikir, membaca beberapa topik tentang homeschool vs public school, saya pun mengambil keputusan.
Bila suami balik dari school, saya menyatakan tentang surat tersebut dan keputusan saya untuk homeschool. Beliau tanya takkah saya mahu mencuba hantar untuk beberapa jam. Prasekolah di sini, apabila umur murid cukup 3 tahun, dapat percuma 15 jam.
Saya rasa apa yang saya fikirkan cukup jelas. Berbagai- bagai isu saya nyatakan kepada suami. Akhirnya saya menyimpulkan keputusan saya dengan menyatakan yang saya mampu untuk mengajar Muna di rumah (dengan masa, sedikit ilmu dan kelengkapan), dan yang paling penting dengan kesedaran terhadap Tuhan. Alhamdulillah suami terima keputusan saya, semoga dia sentiasa dapat bersama- sama saya dalam perjalanan homeschool yang mungkin hanya beberapa bulan sahaja memandangkan saya akan kembali bekerja setelah pulang ke Malaysia.
Maka malam tadi saya tidur pukul 1.00 pagi menyiapkan apa yang perlu. Jadual, reward chart, kemaskini buku skrap dan jadual menu. Saya mohon moga Allah tak biarkan saya bergantung kepada diri sendiri. Dia yang Pemilik Ilmu...
Pagi ini saya sedikit stress. Muna yang merajuk kerana kertas coloring page terlipat sedikit, Maryam yang mengamuk nak dipeluk sentiasa, barang- barang yang bertaburan di atas karpet... Saya merenungi keputusan ini. Keputusan menjaga Muna, saat orang lain memilih untuk menghantar ke sekolah, adalah kerana Allah. Saya memerlukan keputusan sebegini. Jika saya hantarnya ke sekolah, saya akan ada banyak masa untuk diri...untuk buat perkara lain, untuk mencapai matlamat lain dengan baki cuti yang tinggal. Tapi saya akan terlepas peluang untuk memperbaiki diri, kerana selama ini melalui Muna, saya banyak melihat kelemahan diri yang perlu diperbaiki. Saya akan terlepas peluang berlatih untuk menjadi lebih sabar, dan peluang mengumpul bekal amal jariah buat alam yang abadi.
Kini InshaAllah, moga Allah tetapkan hati saya, beri saya kesabaran untuk menjawab pertanyaan orang yang mungkin kurang memahami atau kesabaran untuk diam sahaja.
Muna, Muna adalah rahmat Allah buat diri mak. Mak harap mak dapat besarkan awak dan maryam (dan adik- adik lain) dengan tangan sendiri, jika Allah izinkan.
Suamiku, terima kasih kerana banyak bersabar dengan pelbagai karenahku. Kesabaranmu, diammu saat aku bersalah, memberi satu ruang, membuka penyesalan dan kesedaran.
Semoga Allah satukan hati- hati kami dalam taqwa kepadaNya.
Kering pula kari di dapur.
Ok wasalam....

Comments
Post a Comment