Hijrah ke Bumi Asing (1)
Bismillahirrahmanirrahim saat baru mendiami rumah sewa lama Jam di dinding menunjukkan pukul 5.09 pagi. Suasana di kawasan perumahan telah sunyi. Kedinginan menjamah tangan yang sedang sibuk menaip. Suhu sekarang dicatatkan 13⁰C tapi dirasakan seperti 9⁰C. November sudah sampai ke pertengahan. Sudah hampir dengan tarikh pulang ke Malaysia. Kadang- kadang minda ibarat sebuah wayang yang cuba memutarkan kembali saat- saat kedatangan kami ke bumi UK. Ada yang jelas, ada yang kabur. Namun, bila diteliti, ia seperti sebuah skrip perjalanan hidup yang menceritakan sesuatu tentang kehidupan saya. Selepas tamat pengajian di universiti tempatan, saya mendapat pekerjaan di sebuah kolej sebagai seorang pengajar. Syukur Alhamdulillah, segalanya dipermudahkan. Maka saya pun menuruti arus kehidupan yang tersedia di hadapan- bekerja, berkahwin, dan memiliki seorang cahaya mata. Terus bekerja dan anak ditempatkan bersama pengasuh. Suami pula tinggal berjauhan dan kami bertemu pa...