Al Mulk ayat 7-9
أعوذبالله من الشيطان الرجيم بسم الله الرحمن الرحيم Apabila mereka dicampakkan ke dalamnya, mereka mendengar suara jeritannya meraung-raung, sedang ia menggelegak. Begitu dahsyat keadaan di neraka. Bukan sahaja bakaran api, malah, azabnya sangat buruk dan mengeluarkan bunyi yang mengerikan. Allah menerangkan dua sifat neraka jahannam: mengeluarkan suara, dan menggelegak. Apabila kita mendengar ayat seperti ini, hendaklah kita bersegera memohon perlindungan Allah daripada azab ini. Tafsiran ulama tentang sifat api neraka: 1. Api neraka yang dikiaskan seperti makhluk hidup, untuk menerangkan kengerian api neraka. 2. Ulama lain seperti Syed Qutb menyebutkan bahawa api neraka adalah makhluk hidup kerana mengeluarkan suara dan bergerak (menggelegak) Ayat ini merupakan amaran dari Allah tentang kejadian yang akan berlaku. Mereka dilemparkan: menunjukkan tiada belas kasihan terhadap orang kafir. Perkataan dilemparkan juga menunjukkan api neraka itu berada...