Posts

Showing posts from 2013

Kalimah ketiga: Kebahagiaan dalam Ibadah :)

Image
Bismillahirrahmanirrahim. " Wahai sekalian manusia! Beribadatlah..." (2:21) ( http://hasbunallahwanimalwakil.wordpress.com/2012/01/04/ibadah/ ) Kisah perbandingan untuk tatapan rohani kita. Dua orang tentera mendapat arahan untuk ke sebuah tempat. Mereka mengembara bersama. Sesampai di satu persimpangan, seorang lelaki sudah bersedia memberi penerangan: "Jalan di sebelah kanan ini, kalau kau lalu, 9/10 akan beruntung. Kau akan senang. Jalan di sebelah kiri pula, tak ada peraturan, tak ada siapa berkuasa atas dirimu. Kalau kau nak lalu sini, kau boleh tinggalkan semua barang- barang kelengkapanmu. Jadi lebih ringan dan mudah. Bagi orang yang nak lalui jalan di sebelah kanan, atas perintah ketenteraan, kau mesti bawa kit bag, senjata, serta back pack yang penuh ration (makanan). Sebab ini persiapan bagi kau menghadapi musuh." Selepas mendengar penerangan itu Askar A ambil jalan di sebelah kanan. Beban di belakangnya berkilo- kilo. Tapi dengan t

Usrah Mawar: Mengucapkan Selamat Hari Krismas kepada penganut Kristian.

Image
Assalamualaikum wrb... Suasana malam di University of Southampton Krismas semakin menghampiri. Di Soton, sudah terasa kemeriahannya sebulan awal. Lampu- lampu berkelip- kelip dengan gambar- gambar dan patung Santa Claus dan rusanya sudah mula 'menceriakan' rumah- rumah di kejiranan kami. Jualan murah ada di sana- sini. Perayaan Krismas kini dianggap sebagai international festival. Semua orang tau. Tapi kalau kita tanya rakyat UK bukan Islam adakah mereka tahu tentang Eid (Hari Raya umat Islam), masih ramai yang belum mendengarnya. Di Malaysia, biarpun Muslim merupakan majoriti, kita dapat melihat, atas nama muhibbah, sesetengah umat Islam turut sama meraikan festival yang diraikan oleh penganut agama lain. Atas nama perpaduan, rumah- rumah terbuka diadakan secara besar- besaran pada setiap perayaan, dan disertai semua bangsa dan agama. Masih ramai yang belum sensitif akan 'sesuatu' yang mungkin tidak kena dalam hal ini. Ini disebabkan kurangnya ilmu dan kefaha

Risalah An Nur kini di tanganku

Image
Assalamualaikum wrb.. Risalah An Nur, salinan dengan tulisan tangan oleh Almarhum Ahmad Ammar. Saya mula mengenali Risalah An Nur setelah seorang hamba Allah dijemput pulang olehNya. Masyarakat yang terkesan dengan kehidupan Almarhum Ahmad Ammar bin Ahmad Azam kini kembali membetulkan 'allignment' yang tersilap. Terlihat kebesaran Allah dalam langkah- langkah hidup Almarhum sehingga hari beliau dikebumikan. Kemudian saya mencari Risalah An Nur yang menjadi rujukan utama Almarhum Ammar dalam pembelajarannya di Madrasah Jamaah Hayrat. Saya download dalam bentuk pdf. Semoga Allah izinkan saya habis membaca buku yang tebal ni. Bab satu buku ni telah diceritaan semula oleh Ustaz Hasrizal dalam web nya. Sebenarnya saya sendiri ada hasrat untuk menulis kembali apa yang saya baca, tapi lupus pula hasrat tu jadi angan- angan :(. Walau bagaimanapun, jazakallahukhair Ustaz Hasrizal, sebab dari tulisan ustaz baru saya rasa terinspirasi untu tulis semula dalam cara yang lebih mu

Mawar: Tadabbur Surah Al Mukminun 12- 14

Image
Assalamualaikum wrb dan salam sejahtera.. Bismillahirrahmanirrahim.. (23:12) We created man out of the extract of clay,  (23:13) then We made him into a drop of life-germ , then We placed it in a safe depository, (23:14) then We made this drop into a clot , then We made the clot into a lump , then We made the lump into bones, then We clothed the bones with flesh, 12  and then We caused it to grow into another creation. 13  Thus Most Blessed is Allah, the Best of all those that create. 14 “Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari saripati yang (berasal) dari tanah . Kemudian Kami jadikan saripati itu air mani (yang disimpan) dalam tempat yang kokoh (rahim). Kemudian air mani itu Kami jadikan segumpal darah , lalu segumpal darah itu Kami jadikan segumpal daging , dan segumpal daging itu Kami jadikan tulang belulang, lalu tulang belulang itu Kami balut dengan daging. Kemudian Kami jadikan dia makhluk yang (berbentuk) lain. Maka Mahasucilah Allah, Pencipta Yang P

ISOC sisters' circle 1: Kenapa lebih ramai wanita Britain masuk Islam????

Image
Assalamualaikum wrb dan salam 24 Muharam. Topik perbincangan Usrah/ ISOC Sisters Circle minggu ni ialah "Why Are British Women Converting to Islam?". Saya cuba berkongsi sedikit sebanyak hasil dapatan perbincangan (tapi saya banyak dengar saja..hehe) secara santai. Sebenarnya, banyak fakta berguna dan menarik untuk diketengahkan, tapi untuk menulis kembali fakta melibatkan perpeluhan otak yang berat dan mungkin akan terhenti separuh jalan J . Kalau boleh tak mahulah memendam info ini seorang diri, sekiranya pembaca ingin menyelidiki fakta, bolehlah buat kajian sendiri ya. Naqibah kami ialah Sister Mohibun. Beliau adalah salah seorang admin dalam Facebook fanpage Women against oppression - Liberation through Islam.   Sis   Mohibun memulakan perbincangan dengan menunjuk hasil carian imej google yang didapatinya. Bila ditaip perkataan “oppression” (penindasan) secara automatic, banyak gambar yang keluar menunjukkan imej wanita Muslim. Sementara dunia Barat

Mawar Circle 1: The Characteristics of the Believers

Image
Assalamualaikum and hi, It's been a looooooong time since my last post. This blog seems like a 'shy to live, refuse to die' (hidup segan mati tak mahu).hahaha... Lots of things I wanted to share though.. but there were always obstacles in doing it. So, not to babble too much, here's a sharing of our Mawar Sisters' Circle yesterday. The Characteristics of The Believers. There are lots of definition of being successful. We know really well what the examples are: great job, good salary, good contribution to the community, successful and happy family, etc. Yet, they are all definitions that were set by human, for this life in the world. We now are not going to live here forever. No doubt, we are now walking to another world which lasts FOREVER. The hereafter. So Allah's definition is far more satisfying. He explains that the successful people, are the ones who end up in Paradise, they abide there in forever. While, everything that occurs in this life, is n