Posts

Showing posts from June, 2014

Kenangan di Princess Ann Hospital

Image
Bismillahirrahmanirrahim. Setiap hari berangan nak update blog, untuk berkongsi pelbagai perkara yang harapnya ada manfaat untuk orang lain. Bukan salah waktu malam yang pendek (anak tidur= saya tertidur sekali) tapi masalah time management. Sungguh- sungguh telah dipotong masa. Saat-saat Maryam baru menjengah dunia:)... Syukur Alhamdulillah. Kali ini saya nak ceritakan antara pengalaman berinteraksi dengan midwife atau bidan, yang bertugas sepanjang saya berada di P. Ann Hospital. Hospital ini adalah maternity hospital/ hospital bersalin, jadi yang berada di hospital ni bukan nurse biasa, majoritinya adalah midwife. Mungkin ada nurse, tapi setakat yang saya jumpa, semuanya midwife. (Dan sangat sukar nak lihat staf lelaki, kecuali seorang dua.) Setiap pertama kali bertemu dengan mereka, untuk diperiksa atau apa saja, setiap mereka akan memperkenalkan nama masing- masing. (satu pun saya tidak ingat). Contohnya, "Hi, I'm Jane, one of the midwife." Perbualan- pe

Kelahiran baru, pengalaman baru ;)

Image
Bismillahirrahmanirrahim.. Kembali mengelap sel- sel otak yang berhabuk.. Entah berapa bulan tidak cuba menulis, kali ni, dalam hari ke 22 berpantang anak kedua.. saya ingin menceritakan sedikit sebanyak pengalaman melahirkan Maryam di negara orang. Rugi rasanya jika tak dicatat, kenangan yang mudah- mudahan memberi pelajaran, bukan sekadar penghias kotak memori. 40 minggu + 3 hari membawa Maryam setiap masa sehingga 19 Mei 2014. Umi, Abah dan Mak itam telah pun sampai ke Southampton 13 Mei 2014, sudah merasa angin UK yang sejuk di musim panas. Tapi 6 hari kemudian barulah Maryam benar- benar nak keluar melihat dunia. Seharian turun tanda mukus berdarah, dan contraction yang sedikit- sedikit pada 18 Mei. Lalu saya menelefon labour ward PrincessAnne Hospital untuk berbincang adakah perlu ke hospital. Begitulah cara di sini, sekurang- kurangnya tak perlulah saya menunggu katil di hospital :). Alhamdulillah, rumah kami dekat dengan hospital, dan Allah takdirkan suami menyewa kereta pa