Posts

Showing posts from September, 2015

Khabar gembira dari Tuhannya (2)

Bismillahirrahmanirrahim ﻭَﻟِﻜُﻞِّ ﺃُﻣَّﺔٍ ﺟَﻌَﻠْﻨَﺎ ﻣَﻨْﺴَﻜًﺎ ﻟِﻴَﺬْﻛُﺮُﻭﺍ ﺍﺳْﻢَ ﺍﻟﻠَّﻪِ ﻋَﻠَﻰٰ ﻣَﺎ ﺭَﺯَﻗَﻬُﻢْ ﻣِﻦْ ﺑَﻬِﻴﻤَﺔِ ﺍﻷَْﻧْﻌَﺎﻡِ ۗ ﻓَﺈِﻟَٰﻬُﻜُﻢْ ﺇِﻟَٰﻪٌ ﻭَﺍﺣِﺪٌ ﻓَﻠَﻪُ ﺃَﺳْﻠِﻤُﻮﺍ ۗ ﻭَﺑَﺸِّﺮِ ﺍﻟْﻤُﺨْﺒِﺘِﻴﻦَ Dan bagi tiap-tiap umat, Kami syariatkan ibadat menyembelih korban (atau lain-lainnya) supaya mereka menyebut nama Allah sebagai bersyukur akan pengurniaanNya kepada mereka; binatang-binatang ternak yang disembelih itu. Kerana Tuhan kamu semua ialah Tuhan Yang Maha Esa, maka hendaklah kamu tunduk taat kepadaNya; dan sampaikanlah berita gembira (wahai Muhammad) kepada orang-orang yang tunduk taat - ﺍﻟَّﺬِﻳﻦَ ﺇِﺫَﺍ ﺫُﻛِﺮَ ﺍﻟﻠَّﻪُ ﻭَﺟِﻠَﺖْ ﻗُﻠُﻮﺑُﻬُﻢْ ﻭَﺍﻟﺼَّﺎﺑِﺮِﻳﻦَ ﻋَﻠَﻰٰ ﻣَﺎ ﺃَﺻَﺎﺑَﻬُﻢْ ﻭَﺍﻟْﻤُﻘِﻴﻤِﻲ ﺍﻟﺼَّﻼَﺓِ ﻭَﻣِﻤَّﺎ ﺭَﺯَﻗْﻨَﺎﻫُﻢْ ﻳُﻨْﻔِﻘُﻮﻥَ Iaitu orang-orang yang apabila disebut nama Allah, gerun gementarlah hati mereka, dan orang-orang yang sabar (cekal hati) terhadap kesusahan yang menimpa mereka, dan orang-orang yang mendirikan sembahyang, serta orang-orang

Siapa yang mendapat khabar gembira dari Tuhannya..

Surah Az Zumar 17-18 Bismillahirrahmanirrahim ﻭَﺍﻟَّﺬِﻳﻦَ ﺍﺟْﺘَﻨَﺒُﻮﺍ ﺍﻟﻂَّﺎﻏُﻮﺕَ ﺃَﻥْ ﻳَﻌْﺒُﺪُﻭﻫَﺎ ﻭَﺃَﻧَﺎﺑُﻮﺍ ﺇِﻟَﻰ ﺍﻟﻠَّﻪِ ﻟَﻬُﻢُ ﺍﻟْﺒُﺸْﺮَﻯٰ ۚ ﻓَﺒَﺸِّﺮْ ﻋِﺒَﺎﺩِ Dan orang-orang yang menjauhi dirinya dari menyembah atau memuja Taghut serta mereka rujuk kembali taat bulat-bulat kepada Allah, mereka akan beroleh berita yang mengembirakan (sebaik-baik sahaja mereka mulai meninggal dunia); oleh itu gembirakanlah hamba-hambaKu - ﺍﻟَّﺬِﻳﻦَ ﻳَﺴْﺘَﻤِﻌُﻮﻥَ ﺍﻟْﻘَﻮْﻝَ ﻓَﻴَﺘَّﺒِﻌُﻮﻥَ ﺃَﺣْﺴَﻨَﻪُ ۚ ﺃُﻭﻟَٰﺌِﻚَ ﺍﻟَّﺬِﻳﻦَ ﻫَﺪَﺍﻫُﻢُ ﺍﻟﻠَّﻪُ ۖ ﻭَﺃُﻭﻟَٰﺌِﻚَ ﻫُﻢْ ﺃُﻭﻟُﻮ ﺍﻷَْﻟْﺒَﺎﺏِ Yang berusaha mendengar perkataan-perkataan yang sampai kepadanya lalu mereka memilih dan menurut akan yang sebaik-baiknya (pada segi hukum ugama); mereka itulah orang-orang yang diberi hidayah petunjuk oleh Allah dan mereka itulah orang-orang yang berakal sempurna. (ulul albab) *** Allah jadikan kami dari kalangan ulul albab...

Bekal terpenting: taubat

Bismillahirrahmanirrahim ﻳَﺎ ﺃَﻳُّﻬَﺎ ﺍﻟَّﺬِﻳﻦَ ﺁﻣَﻨُﻮﺍ ﺗُﻮﺑُﻮﺍ ﺇِﻟَﻰ ﺍﻟﻠَّﻪِ ﺗَﻮْﺑَﺔً ﻧَﺼُﻮﺣًﺎ ﻋَﺴَﻰٰ ﺭَﺑُّﻜُﻢْ ﺃَﻥْ ﻳُﻜَﻔِّﺮَ ﻋَﻨْﻜُﻢْ ﺳَﻴِّﺌَﺎﺗِﻜُﻢْ ﻭَﻳُﺪْﺧِﻠَﻜُﻢْ ﺟَﻨَّﺎﺕٍ ﺗَﺠْﺮِﻱ ﻣِﻦْ ﺗَﺤْﺘِﻬَﺎ ﺍﻷَْﻧْﻬَﺎﺭُ ﻳَﻮْﻡَ ﻻَ ﻳُﺨْﺰِﻱ ﺍﻟﻠَّﻪُ ﺍﻟﻨَّﺒِﻲَّ ﻭَﺍﻟَّﺬِﻳﻦَ ﺁﻣَﻨُﻮﺍ ﻣَﻌَﻪُ ۖ ﻧُﻮﺭُﻫُﻢْ ﻳَﺴْﻌَﻰٰ ﺑَﻴْﻦَ ﺃَﻳْﺪِﻳﻬِﻢْ ﻭَﺑِﺄَﻳْﻤَﺎﻧِﻬِﻢْ ﻳَﻘُﻮﻟُﻮﻥَ ﺭَﺑَّﻨَﺎ ﺃَﺗْﻤِﻢْ ﻟَﻨَﺎ ﻧُﻮﺭَﻧَﺎ ﻭَﺍﻏْﻔِﺮْ ﻟَﻨَﺎ ۖ ﺇِﻧَّﻚَ ﻋَﻠَﻰٰ ﻛُﻞِّ ﺷَﻲْءٍ ﻗَﺪِﻳﺮٌ Wahai orang-orang yang beriman! Bertaubatlah kamu kepada Allah dengan " Taubat Nasuha", mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu dan memasukkan kamu ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, pada hari Allah tidak akan menghinakan Nabi dan orang-orang yang beriman bersama-sama dengannya; cahaya (iman dan amal soleh) mereka, bergerak cepat di hadapan mereka dan di sebelah kanan mereka (semasa mereka berjalan); mereka berkata (ketika orang-orang munafik meraba-raba dalam gelap-gelita): "Wahai Tuhan kami

Jadual HS kami

Image
Bismillahirrahmanirrahim. Alhamdulillah..Allah izinkan untuk saya terus mengemaskini blog ini. Maaf buat rakan yang mungkin menanti perkongsian saya tentang jadual HS kami. Saya mengenali istilah Homeschool dalam tahun 2012- 2013 Allah pertemukan dengan blog pertama yang saya telah baca, chitchatovercoffee. Kemudian masa terus berlalu, saya sentiasa berminat untuk menggali tentang homeschool, terlalu banyak sumber dalam senarai saya. Malaysia dan kebanyakan sumber dari US. Kemudian, saya daftar Pinterest untuk mencari idea bahan- bahan mengajar. Seterusnya hingga kini saya sentiasa membaca dan menonton perkongsian tentang homeschool untuk menambahkan keberkesanan usaha HS saya. Secara ringkasnya, apa yang telah saya lalui sebelum memulakan home preschool untuk anak sulung saya yang kini berusia 3 tahun, adalah; 1. kenal pasti cara pembelajaran (audio, kinestatik, visual). Cara pembelajaran Muna belum saya kuasai sepenuhnya, apa yang saya lakukan adalah beri sahaja apa- apa akt