Posts

Showing posts from December, 2015

Hijrah ke Bumi Asing (1)

Image
Bismillahirrahmanirrahim saat baru mendiami rumah sewa lama   Jam di dinding menunjukkan pukul 5.09 pagi. Suasana di kawasan perumahan telah sunyi. Kedinginan menjamah tangan yang sedang sibuk menaip. Suhu sekarang dicatatkan 13⁰C tapi dirasakan seperti 9⁰C. November sudah sampai ke pertengahan. Sudah hampir dengan tarikh pulang ke Malaysia. Kadang- kadang minda ibarat sebuah wayang yang cuba memutarkan kembali saat- saat kedatangan kami ke bumi UK. Ada yang jelas, ada yang kabur. Namun, bila diteliti, ia seperti sebuah skrip perjalanan hidup yang menceritakan sesuatu tentang kehidupan saya. Selepas tamat pengajian di universiti tempatan, saya mendapat pekerjaan di sebuah kolej sebagai seorang pengajar. Syukur Alhamdulillah, segalanya dipermudahkan. Maka saya pun menuruti arus kehidupan yang tersedia di hadapan- bekerja, berkahwin, dan memiliki seorang cahaya mata. Terus bekerja dan anak ditempatkan bersama pengasuh. Suami pula tinggal berjauhan dan kami bertemu pada h

The Preschooler's Busy Book dari Trish Kuffner

Image
Bismillahirrahmanirrahim Hari ini, jumaat hari yang paling cerah untuk beberapa minggu yang telah dilalui. Lalu saya ajak Muna untuk keluar ke bandar. Disambutnya ajakan saya dengan ceria. "What do you want to buy at the city?" tanya saya. Tidak silap saya dia mahu membeli sesuatu yang dapat dijadikan aktiviti. Begitulah kebiasaan jawapan yang saya selalu berikan bila Muna bertanya apabila kami keluar ke Portswood atau City Center. Jawab saya, untuk membeli buku- buku cerita, sedikit permainan, dan bahan- bahan aktiviti untuk homeschooling. Di bandar, Muna tetap dengan kehendaknya yang diidamkan sejak dari rumah- bubbles. Maka, mainan lain walaupun saya menawarkan kepadanya, tetap tidak mahu. Adalah sepeket belon diambilnya kemudian selepas mendapat buih- buih sabun di The Works, dia kelihatan puas. Tidak seperti Maryam yang kelihatan seperti teringin banyak benda. ;) Malam ini ingin  saya kongsikan sedikit bacaan dari buku The Preschooler's Busy Book dari Trish Ku