Posts

Showing posts from June, 2017

Aktiviti 1&2 Ramadhan

Image
Bismillahirrahmanirrahim Pertama kali menempuh ramadhan dalam keadaan sarat mengandung. Risau juga kalau sampai terbaring saja. Maka 1&2 Ramadhan yang jatuh pada sabtu dan ahad perlu diisi dengan sesuatu yang boleh mengalih perhatian badan daripada keletihan. Sabtu: membeli- belah keperluan dapur dan barang- barang untuk anak yatim. Lepas itu barang- barang (makanan frozen) dihantar ke rumah anak yatim Ruqaiyyah, Sg Merab. Ahad: Petrosains!!! KLCC! Alhamdulillah stroller disediakan di sana. Banyak hands on activity, 2M berlari- lari ke sana sini untuk mencuba aktiviti. Mulanya kelihatan hanya kami sahaja keluarga Melayu Muslim yang datang. Kemudian, nampak lagi beberapa keluarga. Mungkin inilah senario bulan puasa. Pada saya, saya niatkan lawatan ini sebagai ibadah dan membawa anak- anak dan diri sendiri menuntut ilmu. Dalam Ramadhan ini pahala berlipat ganda, tinggal kita sahaja yang perlu berniat ikhlas. Habis lawatan, cepat- cepat suap 2M nasi lemak yang dibeli di C