Posts

Showing posts from 2015

Hijrah ke Bumi Asing (1)

Image
Bismillahirrahmanirrahim saat baru mendiami rumah sewa lama   Jam di dinding menunjukkan pukul 5.09 pagi. Suasana di kawasan perumahan telah sunyi. Kedinginan menjamah tangan yang sedang sibuk menaip. Suhu sekarang dicatatkan 13⁰C tapi dirasakan seperti 9⁰C. November sudah sampai ke pertengahan. Sudah hampir dengan tarikh pulang ke Malaysia. Kadang- kadang minda ibarat sebuah wayang yang cuba memutarkan kembali saat- saat kedatangan kami ke bumi UK. Ada yang jelas, ada yang kabur. Namun, bila diteliti, ia seperti sebuah skrip perjalanan hidup yang menceritakan sesuatu tentang kehidupan saya. Selepas tamat pengajian di universiti tempatan, saya mendapat pekerjaan di sebuah kolej sebagai seorang pengajar. Syukur Alhamdulillah, segalanya dipermudahkan. Maka saya pun menuruti arus kehidupan yang tersedia di hadapan- bekerja, berkahwin, dan memiliki seorang cahaya mata. Terus bekerja dan anak ditempatkan bersama pengasuh. Suami pula tinggal berjauhan dan kami bertemu pada h

The Preschooler's Busy Book dari Trish Kuffner

Image
Bismillahirrahmanirrahim Hari ini, jumaat hari yang paling cerah untuk beberapa minggu yang telah dilalui. Lalu saya ajak Muna untuk keluar ke bandar. Disambutnya ajakan saya dengan ceria. "What do you want to buy at the city?" tanya saya. Tidak silap saya dia mahu membeli sesuatu yang dapat dijadikan aktiviti. Begitulah kebiasaan jawapan yang saya selalu berikan bila Muna bertanya apabila kami keluar ke Portswood atau City Center. Jawab saya, untuk membeli buku- buku cerita, sedikit permainan, dan bahan- bahan aktiviti untuk homeschooling. Di bandar, Muna tetap dengan kehendaknya yang diidamkan sejak dari rumah- bubbles. Maka, mainan lain walaupun saya menawarkan kepadanya, tetap tidak mahu. Adalah sepeket belon diambilnya kemudian selepas mendapat buih- buih sabun di The Works, dia kelihatan puas. Tidak seperti Maryam yang kelihatan seperti teringin banyak benda. ;) Malam ini ingin  saya kongsikan sedikit bacaan dari buku The Preschooler's Busy Book dari Trish Ku

Homeschool by Helen and Sofia

Image
Bismillahirrahmanirrahim Alhamdulillah dengan izin dan rahmatNya dapat kami suri rumah berkumpul untuk minggu kedua usrah tadabbur Isnin. Namun pada minggu ini ada tetamu istimewa iaitu Helen dan anaknya Sofia, warga Southampton yang tinggal di Shirley. Mereka saya undang untuk meminta sedikit perkongsian tentang homeschool yang mereka jalani. Saya baru mengenali Helen, Sofia dan bapanya Khamis minggu lepas semasa saya berada di rumah Fatimah untuk belajar memasak Thai green curry. Mereka datang ke rumah Fatimah untuk menghantar risalah keagamaan Jehovah Witness (salah satu aliran Kristian) dalam Bahasa Thai. Allah takdirkan saya yang membuka pintu, maka biasalah, mereka memang saya fahami suka berbasa- basi dan beramah mesra. Sempat saya bertanya mengapa anak perempuan mereka, Sofia (10 tahun) tidak ke sekolah. Helen menjawab yang mereka menjalani hs. Maka tiba- tiba saya menjadi bersemangat berbual dengan mereka kerana ini kali pertama bertemu secara bersemuka dengan keluarga

Solat, sabar, khusyu'

Image
bismillahirrahmanirrahim.. Patutkah kamu menyuruh manusia supaya berbuat kebaikan sedang kamu lupa akan diri kamu sendiri; padahal kamu semua membaca Kitab Allah, tidakkah kamu berakal? ( Al-Baqarah 2:44 ) |  <Embed>   | English Translation   | Tambah Nota   |  Bookmark Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk; ( Al-Baqarah 2:45 ) |  <Embed>   | English Translation   | Tambah Nota   |  Bookmark (Iaitu) mereka yang percaya dengan yakin bahawa mereka akan menemui Tuhan mereka, dan bahawa mereka akan kembali kepadaNya. ----------------------------------- Saat ini, tatkala aku baca ayat ini, situasi yang berlaku adalah aku merasa sukarnya untuk mengamalkan kebaikan itu sendiri, walaupun aku giat menguruskan usrah di kawasan ni.  La haula wala quwwata illa billah.... ya, perlu sentiasa mengingati bahawa diri ini akan kemb

Southeast Asia Intelectual Forum

Image
Bismillahirrahmanirrahim Alhamdulillah i made it here today after all the chaos at home. I thought I was very late to go but it was just started when I arrived. To my surprise, there aren't many audience. Wot? This forum is really good. Poor for some people especially undergrad students who didn't came... You might be comparing the education system between the UK and Malaysia again and again. Heh heh heh. Which I will avoid myself to do it, after listening to the talk by panels from Malaysia (Kak Lily), Thailand (Ibrahim), Brunei (Miss Tinah), and Indonesia (Pak Didiek) and also audience representative from Philipines and Vietnam. Keep it in my heart, a quote from Pak Didiek. You cannot change the world unless you change yourself, and start it witin your circle, especially when you have young children in the age 0- 7 years.

Pengakuan seorang homeschooler

Bismillahirrahmanirrahim Dua minggu yang dirasakan penuh stress. Tak tau dari mana puncanya. Mungkin iman yang sedang lemah. Hari ini dalam sejarah. Aku mengalami burn out. Rasa macam nak menangis kemudian nak gelak macam orang gila tu. Dalam lemah aku gerakkan mulut untuk beristighfar. HS juga agak kelam kabut. Banyak aktiviti tak dibuat walaupun telah dirancang. Muna merayu minta aktiviti. Tetapi terasa pandanganku kosong dan aku tidak bersedia untuk hari itu. Kosong. Minta doa dari Pemilik ilmu. Dipertemukan dengan Helen, homeschooler pertama yang kutemui secara langsung tanpa dirancang. Kemudian Helen bersetuju bertemu lagi untuk berkongsi tipsnya. Terima kasih Allah. Mungkin Allah nak segarkan kembali mindaku yang berserabut dengan pelbagai perancangan. Hmmmmmpppphhh. Isnin ini inshaallah. Moga Allah permudhkan. Moga jadi medan dakwahku di bumi Southampton. Kepala ligat berfikir. Pelbagai khayalan kesempurnaan menerpa. Perlu segera ditolak kerana khayalan punca aku

Nota hidupku : Kisah mak si papan lapis

Bismillahirrahmanirrahim Jam menunjukkan pukul 11.07 malam. Mataku segar kerana tadi aku sudah terlebih dahulu lena saat menidurkan Muna. Dipaksa bangun oleh suami supaya menyelesaikan banyak kerja rumah yang tertangguh. Rumah masih bersepah hasil kreativiti anak- anak. Namun aku terasa sangat letih dan culas. Suamiku gagal memujukku bangun. Tetapi dalam masa tidak sampai lima minit kemudian aku mahu tidak mahu bangun setelah Maryam merengek keresahan dengan lampin yang sudah penuh. Itu cerita tadi, sekarang aku perlu menunggu rebusan ayam siap untuk memasak nasi ayam penyet buat hidangan tetamu esok. Suami sudah masuk tidur. Tatkala membasuh ayam tadi fikiranku menerawang jauh ke alam kanak- kanakku. Sehingga kupaksa mindaku untuk kembali fokus kepada ceramah tafsir quran Nouman Ali Khan di Youtube yang sedang terpasang di dapur. Entah dari mana aku mula berkhayal, tidak dapat kupastikan. Ia datang timbul tenggelam. Antaranya aku memikirkan tentang homeschool dan tentang kons

Buku Tarbiyatul Aulad: Hukuman yang dilaksanakan oleh ibu bapa di rumah

Image
Bismillahirrahmanirrahim Hukuman yang dilaksanakan oleh ibu bapa di rumah a. Tindakan terhadap anak dengan lemah lembut, dan belas kasihan b. Menjaga tabiat anak dari berbuat salah yang menyebabkan hukuman dikenakan ke atasnya - hukuman pada bila perlu sahaja setelah tindakan menegur, menasihati dsb telah dilaksanakan - kekerasan yang terus- menerus akan menyebabkan anak jadi pengecut, lemah semangat dan lari dari tanggungjawab, jiwa memberontak, kecergasan akan hilang, suka berdusta dan berlaku jahat, lama kelamaan menjadi kebiasaan c. Berperingkat dalam pemulihan dari yang ringan kepada berat 1. menuujukkan kesalahan dengan bimbingan 2. menunjukkan kesalahan dengan lemah- lembut 3. menunjukkan kesalahan dengan isyarat 4. menunjukkan kesalahan dengan marah; hadith riwayat Bukhari Rasulullah saw menegur Abu Zar ra yang telah memalukan seorang lelaki, dengan mengatakan Abu Zar masih terpengaruh cara jahiliyyah. Kemudian baginda menasihati Abu Zar cara yang sesuai dengan

Satu hari 17/11/15 jurnal

Image
Bismillahirrahmanirrahim Awal kami mula hs hari ni. Pukul 8 pagi muna sudah minta baca iqra. Nak solat dhuha. Bagi Muna aktiviti menulis. Tak sempat sedia worksheet. Guna terus buku jolly phonics. Maryam main bubbles di belakang. Spooning dan pouring. Beberapa minit kemudian Muna join. Saya menaip blog ni di bloggeroid telefon sekarang. Sekejap lagi semasa mereka sibuk saya akan sediakan bahan untuk kami buat butter biscuit mcm gingerbread man. Sambil kemas skit dapur. Quran terpasang. Mereka bersembang- sembang sambil bermain. Semasa saya solat zohor muna dan maryam melukis di papan putih. Kemudian aunty husna datang singgah. Jam 3.40 maya, zara, dan yana datang untuk mengaji. Aunty Husna pulang. Maghrib kami solat bersama- sama sebelum mula mengaji dan melukis. Makan malam dan solat isyak, kemudian muna dan maryam tidur. 7.30 malam, abah muna pulang. Kecewa anak- anak sudah tidur. Mak dan abah muna bersembang sambil makan malam. Setelah mengemas dapur say

Muna 3 tahun 7 bulan, Maryam 1 tahun 6 bulan

Bismillahirrahmanirrahim. Aku mula menulis milestone untuk Muna dan Maryam. Di sini, harapnya tak hilang dan bersepah berbanding jika aku tulis dalam buku atau kertas. InshaAllah. Moga jadi panduan buatku dan mungkin buat para ibu bapa lain dalam membesarkan anak- anak. Moga jadi sesuatu yang berharga buat 2Mku, apabila mereka sudah besar. Segalan- galanya kumulai dengan Alhamdulillah. Muna Muna sekarang sudah pandai menggayakan sifat seorang guru. Alhamdulillah. Semalam Muna bacakan buku buat Maryam dengan cara seorang guru.  Ada komunikasi 2 hala, lucu.. Muna hatinya sensitif. Dia tidak mahu aku marah dengannya. Dia akan cuba melakukan sesuatu yang aku suruh walaupun terpaksa menangis terlebih dahulu. Mengenang ini, aku jadi sedih. kerana aku terasa aku telah banyak memaksa. Aku cuba belajar memaafkan jika Muna sukar mengikuti arahanku, dan cuba berdiplomasi, meskipun sukar. InshaAllah. Ya Allah, berikan daku ilmu dan kekuatan sabar. Umur ini banyak perkara sudah boleh dir

Mencari keseimbangan

Image
Bismillahirrahmanirrahim November datang sudah. tahun 2015 sudah hampir ke penghujung. Banyak perkara sedang menanti, fasa baru InshaAllah akan kami lalui. Tetapi kematian sentiasa ada di depan mata, dalam kebarangkalian yang sama. Aku cuba setiap hari resetkan diriku dengan taubat. Itulah persiapan ku yang utama. aku cuba bersikap lembut dan memaafkan serta menyayangi, kerana dengan sifat itu juga seorang sahabat Rasulullah yang tidak banyak ibadat menjadi ahli syurga. Aku mengulang- ulang ayat Surah An Nur: 21- 22 bagi menanamkan nasihat Allah itu dalam hati Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; dan sesiapa yang menurut jejak langkah Syaitan, maka sesungguhnya Syaitan itu sentiasa menyuruh (pengikut-pengikutnya) melakukan perkara yang keji dan perbuatan yang mungkar. Dan kalaulah tidak kerana limpah kurnia Allah dan rahmatNya kepada kamu, nescaya tidak ada seorang pun di antara kamu menjadi bersih dari dosanya selama-lamanya; akan

Khabar gembira dari Tuhannya (2)

Bismillahirrahmanirrahim ﻭَﻟِﻜُﻞِّ ﺃُﻣَّﺔٍ ﺟَﻌَﻠْﻨَﺎ ﻣَﻨْﺴَﻜًﺎ ﻟِﻴَﺬْﻛُﺮُﻭﺍ ﺍﺳْﻢَ ﺍﻟﻠَّﻪِ ﻋَﻠَﻰٰ ﻣَﺎ ﺭَﺯَﻗَﻬُﻢْ ﻣِﻦْ ﺑَﻬِﻴﻤَﺔِ ﺍﻷَْﻧْﻌَﺎﻡِ ۗ ﻓَﺈِﻟَٰﻬُﻜُﻢْ ﺇِﻟَٰﻪٌ ﻭَﺍﺣِﺪٌ ﻓَﻠَﻪُ ﺃَﺳْﻠِﻤُﻮﺍ ۗ ﻭَﺑَﺸِّﺮِ ﺍﻟْﻤُﺨْﺒِﺘِﻴﻦَ Dan bagi tiap-tiap umat, Kami syariatkan ibadat menyembelih korban (atau lain-lainnya) supaya mereka menyebut nama Allah sebagai bersyukur akan pengurniaanNya kepada mereka; binatang-binatang ternak yang disembelih itu. Kerana Tuhan kamu semua ialah Tuhan Yang Maha Esa, maka hendaklah kamu tunduk taat kepadaNya; dan sampaikanlah berita gembira (wahai Muhammad) kepada orang-orang yang tunduk taat - ﺍﻟَّﺬِﻳﻦَ ﺇِﺫَﺍ ﺫُﻛِﺮَ ﺍﻟﻠَّﻪُ ﻭَﺟِﻠَﺖْ ﻗُﻠُﻮﺑُﻬُﻢْ ﻭَﺍﻟﺼَّﺎﺑِﺮِﻳﻦَ ﻋَﻠَﻰٰ ﻣَﺎ ﺃَﺻَﺎﺑَﻬُﻢْ ﻭَﺍﻟْﻤُﻘِﻴﻤِﻲ ﺍﻟﺼَّﻼَﺓِ ﻭَﻣِﻤَّﺎ ﺭَﺯَﻗْﻨَﺎﻫُﻢْ ﻳُﻨْﻔِﻘُﻮﻥَ Iaitu orang-orang yang apabila disebut nama Allah, gerun gementarlah hati mereka, dan orang-orang yang sabar (cekal hati) terhadap kesusahan yang menimpa mereka, dan orang-orang yang mendirikan sembahyang, serta orang-orang