Posts

Showing posts from November, 2014

HS Oktober 14 (samb)

Image
Bismillahirrahmanirrahim Sambungan entri lepas, tentang beberapa aktiviti HS kami.  Pada saat dia sedang selsema, jadi saya berikan peluang bermain dengan air suam yang berstim bagi membantu pernafasan dek hidung yang tersumbat. Apa- apa sajalah ;)… Tapi kanak- kanak mana yang tidak sukakan air. Saat saya kebuntuan, saya berikannya air atau buih sabuh, maka dia akan senyap dengan aktivitinya. Tumpah dan sepah? Itu perkara biasa.  Membezakan huruf dal dan dzal.  Membezakan huruf sin dan syim.  Domino. Sedang bercerita tentang lukisannya. Hmm.. ada struktur bagi kanak- kanak berusia 2 tahun 3 bulan.  Membezakan tho dan zho.  Membantu membeli barang dapur. Pada masa ini kita boleh memintanya untuk ambilkan sayur, susu, dan buah- buahan. Kemahiran yang dipelajari selain mengenal barang- barang, ialah practical life skill. Playdoh ini saya buat tanpa dirancang. Ini kerana saya ingin mengalih tumpuannya dari tablet.  K

HS Oktober 14

Image
Bismillahirrahmanirrahim… Alhamdulillah, walaupun internet agak bermasalah, saya hanya dapat usahakan entri terbaru ini dengan M. Word terlebih dahulu. Inshaallah moga Allah Allah mudahkan saya mengurusi masa yang ada untuk memberi manfaat, walaupun dalam serba kekurangan. Apabila ada yang bertanya, adakah anak sulung saya sudah mula bersekolah di preschool..saya hanya menjawab, dia homeschool. Sangat- sangat berharap punya kekuatan untuk menjawab sebegitu.  Sengih saja. Maka ada kawan yang menganggap saya dapat homeschool (HS) kerana saya pandai mengajar. J Tidaklah… saya biasa saja. Dan anak saya juga sama saja kebolehannya seperti anak orang lain. Tetapi HS punya keseronokannya tersendiri. Dan punya suka duka yang tak mampu digambarkan. :D Saya pun tidak ingat bila saya mula bertemu istilah HS ini. Banyak pembacaan saya lakukan, berbincang dengan ibu yang melakukan HS. Mencari dan mencari maklumat, serta aktiviti yang boleh saya buat bersama Muna. Termenung sana sini m