Posts

Showing posts from January, 2016

Main2 main dan main

Image
Bismillahirrahmanirrahim Banyaknya main dari pagi tadi..sekarang dua puteri dah beradu keketihan. Mari lihat main apa hari ini..alhamdulillah. 1. Salt dough. Buat 'kek dan biskut' dalam alunan surah al qadr dan baiyyinah..sementara saya masak. 2. Main kedai2.. kek dan biskut tadi dijual oleh shopkeeper Muna untuk maknya yang jadi customer.. berehat setelah masak sambil lepak2 mintak order kek. 3. Lepas Zuhur, Muna minta untuk menonton. Saya bagi tengok video pasal kangaroo. Bertambah ilmu tentang kangaroo sementara sata menelaah nota saya. 4. Selepas asar, cuba tambah props pada rumah yang Muna dah cat semalam bersama Addina, Arissa, Azzahra dan Mukhlis. Masih dalam proses. 5. Main sepak bola abah masuk gol yang dibuat dengan kusyen. 6. Main rentas halangan. Barulah anak palapes. Hehehe. 7. Puppet show. Inshaallah semua ini moga dapat menyumbang kepada tumbesaran anak- anak yang seimbang, gembira dan soleh :).. Alhamdulillah atas segala ilham dan kemudahan da

Ber eksperimen dengan diri

Image
Bismillahirrahmanirrahim Sungguh bersyukur dikelilingi orang- orang berilmu lagi sedang belajar. Secara tidak langsung menarik diri ini untum sama- sama belajar. Hari ini dapat ilmu baru. Ilmu PLF- Professional Learning Fasilitator. Mahal ilmu ni. Jazakillahukhair Nazlina sebab ajar akak. Walaupun basic, tapi cukup untuk diamalkan. Semasa anak- anak sibuk minta nak balik, sempat saya berkongsi sesuatu dengan Naz tentang bagaimana saya menjalani perubahan. Saya melihat saat bulan Ramadhan. Allah hilangkan beberapa 'faktor' dalam diri kita. Makan, minum kita tinggalkan di waktu siang. Kita kurang tenaga untuk bermaksiat ;) Agar kita fokus terhadap merubah diri, menambah taqwa, merenungi kalamNya. Saya teringat lagi, angkasawan di ISS. Membawa bahan eksperimen ke angkasa lepas bagi melihat kesan satu atau beberapa pemboleh ubah dalam keadaan vakum. Pemboleh ubah. Faktor persekitaran. Lalu saya refleksi diri. Muhasabah tanpa ke Sabah. Perjalanan hidup saya ti

Tujuan kita yang mana?

Image
Bismillahirrahmanirrahim Baru- baru ini saya terfikir sesuatu. Ada dua jenis orang yang bekerja di dunia ini. Maka bosnya ada dua jenis juga. 1. Orang yang cuba memenuhi expectation manusia lain yang bergelar bos, manager, supervisor, cik abang suami, para peminat dan yanh sewaktu dengannya. Maka bila telah tercapai expectationnya dia pun berehat sebentar atau berbulan- bulan bercuti sambil pakai cermin mata hitam di tepi pantai. 2. Orang yang bosnya adalah, Allah. Dia sentiasa cuba memenuhi apa yang Allah inginkan. Tapi dia sentiasa khuatir dia tidak mencapainya. Dia terus berharap di hadapan Tuhannya, dia diberitahu dengan penuh cinta dari Tuhannya, pada hari pembalasan...yang dia telah berjaya. Ke syurga, itu satu- satunya kejayaan yang paling besar. Maka hidup dia di dunia kurang rehat. Dia sibuk walaupun tampak tenang. Hatinya sibuk. Ya salam. Jadikan aku berehat di dalam kubur :'/...

Kembali mengajar April 2016 InshaAllah

Image
Bismillahirrahmanirrahim Harap suatu hari nanti saya dapat katakan begini pada pelajar- pelajar saya. Emm..bukan (sahaja) kerana ilmu kimia dah berkulat kering dalam kepala, tetapi kerana saya benar- benar maksudkannya. Itupun jika masa itu saya sudah cukup berhikmah. Biiznillah :) Rahman ya rahman