Posts

Showing posts from January, 2013

Al Mulk ayat 7-9

Image
أعوذبالله من الشيطان الرجيم بسم الله الرحمن الرحيم Apabila mereka dicampakkan ke dalamnya, mereka mendengar suara jeritannya meraung-raung, sedang ia menggelegak. Begitu dahsyat keadaan di neraka. Bukan sahaja bakaran api, malah, azabnya sangat buruk dan mengeluarkan bunyi yang mengerikan. Allah menerangkan dua sifat neraka jahannam: mengeluarkan suara, dan menggelegak. Apabila kita mendengar ayat seperti ini, hendaklah kita bersegera memohon perlindungan Allah daripada azab ini. Tafsiran ulama tentang sifat api neraka: 1. Api neraka yang dikiaskan seperti makhluk hidup, untuk menerangkan kengerian api neraka. 2. Ulama lain seperti Syed Qutb menyebutkan bahawa api neraka adalah makhluk hidup kerana mengeluarkan suara dan bergerak (menggelegak) Ayat ini merupakan amaran dari Allah tentang kejadian yang akan berlaku. Mereka dilemparkan: menunjukkan tiada belas kasihan terhadap orang kafir. Perkataan dilemparkan juga menunjukkan api neraka itu berada

Al Mulk : 5

Image
أعوذبالله من الشيطان الرجيم بسم الله الرحمن الرحيم Dan demi sesungguhnya! Kami telah menghiasi langit yang dekat (pada penglihatan penduduk bumi) dengan bintang-bintang, dan Kami jadikan bintang-bintang itu punca rejaman terhadap Syaitan-syaitan; dan Kami sediakan bagi mereka azab neraka yang menjulang-julang. Dalam Al Quran terdapat dua jenis ayat: Qauliyah dan Kauniyah. Ayat qauliyah merupakan firman Allah yang menyentuh pelbagai perkara, manakala ayat kauniyah adalah ayat Allah yang menunjukkan kesempurnaan penciptaan Allah, iaitu seperti ayat 5 Surah Al Mulk ini. Langit dekat yang dimaksudkan adalah langit dunia, yang dapat diperhatikan oleh manusia. Allah menciptakan bintang- bintang sebagai hiasan dan juga sebagai alat untuk merejam syaitan. Ayat ini bermula dengan perkataan ولقد (dan demi sesungguhnya) yang membawa kepada maksud القسم(sumpah). Ini bermakna perkara yang akan disampaikan dalam ayat ini adalah penting dan perlu diberi perhatian. Perkataan مصابىح a

Surah Al- Mulk: ayat 6

Image
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Surah Al- Mulk: ayat 6    Maksudnya: Dan bagi orang-orang yang kufur ingkar terhadap Tuhan mereka, disediakan azab neraka Jahannam, dan itulah seburuk-buruk tempat kembali.  Pada ayat ini diterangkan bahawa orang2 yang kufur sama ada kufur iktikad (orang yang mendustakan Allah dan rasul/ mendustakan kebenaran) atau kufur nikmat (mengingkari perintah Allah) telah disediakan neraka jahannam. Sudah menjadi ketentuan Allah swt bahawa orang orang kafir ini akan diberi azab neraka jahannam yang tidak sama dengan azab di dunia dan seburuk-buruk tempat kembali itu adalah tempat mereka. Mengapa neraka disebut jahannam ? Jahannam berarti sesuatu yang dasarnya amat dalam ( ba'idatul qo'ri ), sebagaimana disebutkan dalam Al Qomus 3 .Begitulah keadaan neraka, ia begitu dalam. Abu Hurairah mengatakan, كُنَّا مَعَ رَسُولِ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- إِذْ سَمِعَ وَجْبَةً فَقَالَ النَّبِىُّ -صلى الله عليه

Al- Mulk: 4

Image
أعوذبالله من الشيطان الرجيم بسم الله الرحمن الرحيم Ayat sebelum ini menunjukkan tanda kekuasaan Allah iaitu langit 7 lapis, luas, tanpa tiang atau tali. Dia lah yang telah mengaturkan kejadian tujuh petala langit yang berlapis-lapis; engkau tidak dapat melihat pada ciptaan Allah Yang Maha Pemurah itu sebarang keadaan yang tidak seimbang dan tidak munasabah; (jika engkau ragu-ragu) maka ulangilah pandangan - (mu) - dapatkah engkau melihat sebarang kecacatan? (Al Mulk: 3) Ayat 4 menyatakan ketidak mampuan manusia untuk mencari cacat dan cela segala ciptaan Allah. Kemudian ulangilah pandangan (mu) berkali-kali, nescaya pandanganmu itu akan berbalik kepadamu dengan hampa (daripada melihat sebarang kecacatan), sedang ia pula berkeadaan lemah lesu (kerana habis tenaga dengan sia-sia). (Al- Mulk: 4) Di sini Allah mencabar manusia untuk mencari atau mengkaji bagi mencari kelemahan ciptaan Allah.  Bagi menerangkan bahawa memang kekuasaan Allah itu sempurna. Sehingga kini manusi

Al Mulk: 2

أعوذبالله من الشيطان الرجيم بسم الله الرحمن الرحيم 2:  Yang menciptakan mati dan hidup, supaya Dia (Allah) menguji kamu, siapa antara kamu yang lebih baik amalannya. Dan Dia (Allah) adalah al-‘Aziz (Maha Perkasa), lagi al-Ghafur (Maha Pengampun).     Allah memperincikan lagi kekuasaanNya dan keagunganNya. Dia menciptakan kehidupan dan kematian untuk menguji manusia, yang manakah lebih baik amalannya. " Bukankah telah datang kepada manusia satu waktu daripada masa, sedang dia ketika itu belum merupakan sesuatu yang dapat disebut?  Sesungguhnya Kami (Allah) telah menciptakan manusia daripada setitik mani yang bercampur, lalu Kami (Allah) mengujinya, maka Kami (Allah) jadikan dia mendengar lagi melihat.     Sesungguhnya Kami (Allah) telah memberikan petunjuk kepadanya jalan, ada yang bersyukur dan ada pula yang kafir. " (Al- Insan: 1-3) Yang berjaya dengan ujian hidup adalah yang bersiap sedia dengan bekal (iman). Iman didapati dari ilmu- ilmu Al Quran dan Assunnah

Al Mulk : 1

Surah Al Mulk diturunkan di Mekah. (Makkiyah) - untuk membangunkan aqidah dan kepercayaan. Mempunyai 30 ayat Fadhilat Al Mulk: 1. Mendapat syafaat sehingga diampunkan. 2. Menghalang dari azab kubur. 3. Surah Al Mulk dapat menghalang malaikat yang akan mengazab di dalam kubur. أعوذبالله من الشيطان الرجيم بسم الله الرحمن الرحيم 1:  Maha Suci (Allah) yang di tangan-Nya segala kerajaan, dan Dia (Allah) terhadap segala sesuatu adalah al-Qadir (Maha Kuasa).  Ayat ini menerangkan bahawa Allah menguasai secara penuh kerajaan langit dan bumi. Meskipun pada sekecil- kecil sesuatu. Tabaraka: yang sentiasa memberikan penambahan dan pertumbuhan dari perkara yang baik. Menerangkan sifat Allah yang dengan kekuasaannya menumbuhkan dan melimpahkan kebaikan kepada manusia. Di tanganNya kerajaan: penekanan bahawa kerajaan tersebut hanya ada di sisi Allah. Apabila Allah tidak izinkan, manusia tak mampu berbuat apa- apa. Kerajaan: Alam semesta. Semuanya di tangan Allah. Mak

Ayat- ayat Al Quran yang saling menguatkan.

Subahannallah... Antara yang tersentuh dihati semasa tadarus surah Al-Kahf 1. Sesungguhnya perkaitan antara ayat-ayat Al-Quran adalah berangkai antara satu sama lain umpama seutas rantai yang... Muridnya menjawab: “Tahukah kamu tatkala kita mencari tempat berlindung di batu tadi, maka sesungguhnya aku lupa (menceritakan tentang) ikan itu dan tidak adalah yang melupakan aku untuk menceritakannya kecuali syaitan dan ikan itu mengambil jalannya ke laut dengan cara yang aneh sekali”. (QS. 18:63) Dan berkatalah Yusuf kepada orang yang ia percaya akan terselamat di antara mereka berdua: "Sebutkanlah perihalku kepada tuanmu". (Setelah orang itu dibebaskan dari penjara) maka ia dilupakan oleh syaitan untuk menyebutkan (hal Yusuf) kepada tuannya. Dengan sebab itu tinggallah Yusuf dalam penjara beberapa tahun. (Yusuf 12:42) dua ayat dari surah yang berbeza tetapi menerangkan maksud yang sama " yang melupakan manusia itu datangnya dari syaitan 2. Sesungguhnya Kami telah jadikan apa

Ibrah Ali 'Imran 195-200:ULUL ALBAB dan doa mereka

Image
Bismillahirrahmanirrahim. Dalam ayat sebelum ini Allah menerangkan tentang golongan ulul albab dan doa mereka kepada Allah. 190: Sesungguhnya pada penciptaan langit dan bumi, dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang yang berakal. 191: (Iaitu) orang-orang yang mengingati Allah sambil berdiri, duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka berkata: Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan (semuanya) ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami daripada seksa neraka.  192: Ya Tuhan kami, sesungguhnya barangsiapa yang Engkau masukkan ke dalam neraka, maka sungguh telah Engkau hinakan dia, dan tiada penolong bagi orang-orang yang zalim. 193: Ya Tuhan kami, sesungguhnya kami mendengar seruan yang menyeru kepada iman, (iaitu): "Berimanlah kamu kepada Tuhan." maka kamipun beriman. Ya Tuhan kami, ampunilah dosa-dosa kami dan hapuskanlah kesalahan-kesalahan kami, serta wafatkanlah kami bersama orang-orang yang banyak berbuat keb

Ali Imran 154- 158

Image
Assalamualaikum.. sedikit perkongsian tentang intipati dan pengajaran dari tadabbur pada hari ini, Khamis 3/1/2012. 1. Terdapat dua golongan orang Islam; i. benar- benar ikhlas beriman serta membuktikan keimanan dengan mengikuti perintah Allah dan Rasulullah. ii. Mengaku beriman tatapi tidak mentaati perintah Allah dan Rasulullah, punya agenda sendiri dalam melaksanakan sst perintah (Perang Uhud- Ingin harta rampasan)- disebut sebagai orang munafik. 2. Orang- orang mukmin memperoleh ketenangan berupa rasa mengantuk selepas mengalami susah payah dalam perang itu. Orang- orang munafik mempersoalkan mengapa Allah tidak memberi kemenangan kpd pihak Islam dalam perang Uhud, menganggap jika mereka tidak ikut Rasulullah berperang, tentu tidak akan terkorban/ cedera dalam perang. 3. Segala urusan perang termasuk kalah/menang semua di tangan Allah. Dia Maha Mengetahui. 4. Allah ingin membersihkan hati orang- orang mukmin dengan kecederaan mereka/ syahid di medan perang. 5. Dosa lalu menjadi p

‎8 ciri penting sbg ibu/ayah/isteri/suami/pendakwah/pendidik/anak/(manusia) & Penawar Jiw

Image
Jazakillahukhair Kak Faridah:)..

Ali Imran 160

Image
Assalamualaikum wrt wbt Sedikit perkongsian ayat 160 Jika Allah menolong kamu, maka tak adalah orang yang dapat mengalahkan kamu; jika Allah membiarkan kamu (tidak memberi pertolongan), maka siapakah gerangan yang dapat menolong kamu (selain) dari Allah sesudah itu? Karena itu hendaklah kepada Allah saja orang-orang mukmin bertawakal. Kisah di Perang Badar. Allah telah menghantar Malaikat untuk mengalahkan 1000 oranng tentera Quraisy yang lengkap bersenjata.Pasukan umat Islam ketika itu seramai 300 oranng shj. Perang Khandaq Tentera Islam yang sudah dikepung oleh tentera Quraisy dan Yahudi selama berbulan-bulan.Alhirnya Allah hantarkan angin taufan yang melennyapkan perkhemahan tentera musuh tersebut. bersesuaian dengan Ayat 17 Surah Al Anfal yang bermaksud: Maka (yang sebenarnya) bukan kamu yang membunuh mereka, akan tetapi Allahlah yang membunuh mereka, dan bukan kamu yang melempar ketika kamu melempar, tetapi Allah-lah yang melempar. (Allah berbuat demikian untuk membinasakan mere

Perkongsian tajwid 5/1/2013

Image
Jazakillahukhair k. Sarah:)......

Rumusan untuk hari ini ayat 166-173

Image
Pengajaran: Dalam Perang Uhud Allah menguji keteguhan iman dan ketabahan masing-masing agar orang-orang mukmin lebih tebal keimanannya sehingga dapat dibezakan dari umat yang lain. Orang-orang munafik menilai bahwa kaum muslimin berperang pada waktu itu semata-mata menjerumuskan diri dalam kebinasaan. Sebenarnya mereka lebih cenderung kepada kekafiran dari pada keimanan dan apa yang mereka katakan bukan sebenarnya apa yang ada dalam hati mereka. Allah mengetahui kemunafikan yang mereka sembunyikan dalam hati mereka. Sebaliknya musllimin yang syuhadah kerana berjuang ke jalan Allah itu sudah dijanjikan syurga yang indah.Para syuhada mendapat layanan yang sangat istimewa disisi Allah.Malah mereka inginkan dihidupkan semula untuk sekali lagi berperang untuk mendapatka n kematian sebagai syuhada.Begitu indahnya hidup di syurga bagi para syuhada.sesungguhnya janji Allah itu benar. Mereka bergembira atas nikmat dari Allah sebagai pahala amal mereka dan Allah tidak akan mengurangi pahal

Seronoknya belajar:D

Image
Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum w.r.b. Seronoknya hari Sabtu lepas. Mengajar anak- anak Keluarga Soton berumur 6 tahun ke bawah, bermain, dan bergurau dengan mereka. Saudara Baharin, pengetua Sekolah Malaysia meminta saya mengajar nama- nama Allah. Pada mulanya saya mengajar 5 nama dulu dengan cara menunjukkan slide. Alhamdulillah, kemudahan yang tersedia di bilik- bilik kelas di University of Southampton ni membantu pengajaran. Kali kedua, iaitu hari Sabtu 12 Januari 2013 saya sambung mengajar 5 lagi Asmaul Husna. Letih juga nak fikir strategi untuk mengajar. Tapi InsyaAllah, p&p yang menarik menjanjikan anak- anak murid yang gembira belajar dan cikgu yang tersenyum riang selepas keluar kelas. Yang ringkas pun tak apa... Jadi saya kongsikan sedikit- sebanyak.. semoga bermanfaat buat guru- guru dan ibu bapa yang mengajar anak- anak generasi sekarang;) 1. Asmaul Husna Sumber: Internet Alat: Power point, kertas kad (digalakkan guna semula kotak- kotak lama).