Posts

Showing posts from February, 2013

Tadabbur Surah Al Kahfi: ayat 1-3

Image
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Keutamaan membaca surah Al Kahfi pada hari Jumaat Dari Ali r.a berkata:  "Barangsiapa membaca Surah al-Kahfi pada hari Jumaat, maka dia akan terhindar dari segala fitnah sehingga lapan hari yang akan datang walaupun dajjal keluar, dia akan terhindar daripadanya."  (Tafsir Ibnu Kathir) Dari Abu Darda r.a meriwayatkan bahawa nabi s.a.w bersabda: " Barangsiapa yang menghafal sepuluh ayat daripada awal surah al-Kahfi, akan terhindar daripada fitnah dajjal. Dalam riwayat yang lain dinyatakan daripada akhir surah al-Kahfi."  (HR Muslim) Ayat 1 Maksudnya:   Segala puji terentu bagi Allah yang telah menurunkan kepada hambaNya (Muhammad), Kitab suci Al-Quran, dan tidak menjadikan padanya sesuatu yang bengkok (terpesong). Dalam ayat ini Allah SWT memuji dirinya, sebab Dialah yang menurunkan Kitab Suci Alquran kepada Rasul saw, sedang Alquran itu adalah nikmat yang besar yang dianugerahkanNya kepada umat m

Tadabbur Al Mulk 10- 11.

Image
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Dan mereka berkata: "Kalaulah kami dahulu mendengar dan memahami (sebagai orang yang mencari kebenaran), tentulah kami tidak termasuk dalam kalangan ahli neraka". Akhirnya mereka mengakui dosa-dosa mereka (sebagai orang-orang yang kufur ingkar), maka tetaplah jauhnya rahmat Allah dari ahli neraka. Dari ayat tersebut, dapat kita ketahui bahawa penyesalan mereka akan menambahkan lagi siksaan. Allah telah menganugerahkan kepada manusia pendengaran, penglihatan dan hati sejak manusia dilahirkan sebagai bekal mencari kebenaran. Allah berfirman dalam Surah An Nahl ayat 78. Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibu kamu dengan keadaan tidak mengetahui sesuatupun; dan Dia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati akal fikiran); supaya kamu bersyukur. (An- Nahl: 78) Mengapa ahli neraka berkata "kalaulah kami MENDENGAR DAN MEMAHAMI..."? .. Sebenarnya dua per