Posts

Showing posts from March, 2021

Checkpoint 1

Image
Bismillah, alhamdulillah. Dalam pada menjalani hari- hari dengan penuh kerisauan sebab banyak perkara baru datang bersama ketidak pastian, hari ini keputusan semester 1 sedikit sebanyak menceriakan hati. Walaupun cik abang kata, sebagai pelajar pasca siwazah penyelidikan, gred kerja kursus tu bukanlah segalanya. Tapi yelah, boleh la dikatakan dah sampai ke check point pertama dalam 'marathon' ini. Aku coretkan catatan di sini, supaya aku tidak lupa proses yang aku lalui dalam 5 bulan pertama pengajian ini. Mungkin boleh jadi pedoman buat sesiapa sahaja. 1. Syukur dan niat Alhamdulillah, aku bersyukur diberi peluang Allah letakkan ku di sini. Apabila kita dalam ruang lingkup dan persekitaran menuntut ilmu, ruang memperbaiki diri amat luas. Ramai yang mungkin menganggap sambung belajar ni dapat "lari" dari kerja, tapi tanggapan itu tak 100% betul. Kerana, aku sudah jangka, proses belajar sangat tidak mudah. Jadi, alasan itu tak boleh dijadikan 'big why' dalam me