Posts

Showing posts from April, 2013

Istikharah

Image
 Bismillahirrahmanirrahim. Kebanyakan kita pernah melakukan istikharah sekurang- kurangnya sekali. Biasanya orang nak kawin hihihi. Bila difikir- fikir kelakar pulak bila istikharah apabila tarikh perkahwinan dah dekat. Bukan salah, tapi biarlah istikharah dibuat sebelu mendekati masa membuat keputusan. Jadi lebih mudah bila nak memilih berdasarkan apa yang dirasakan 'petunjuk Allah'. Saya baru ada pengalaman dengan istikharah. Pilihan yang banyak, semuanya ada kebaikan masing- masing. Keputusan yang saya buat bakal mempengaruhi bukan setakat hidup sendiri, malah keluarga terutamanya. Sebelum melakukan istikharah, saya cuba mengumpul maklumat tentang pilihan yang ada. Bertanya, men'google', semuanya mudah di zaman sekarang. Kemudian barulah bersiap- siap untuk istikharah. Sebelum itu, study dulu tentang istikharah; - Ia merupakan adab kita dengan Allah. Yela, Allah yang memiliki kita. Jadi lebih santun bila kita meminta dengan Allah akan apa yang kita inginkan

Fitnah terhadap sahabat Rasulullah

Image
Bismillahirrahmanirrahim. Memang terasa bersawang blog ni. So InsyaAllah selepas diberi nafas baru sikit moga- moga usaha saya untuk menyebarkan sedikit sebanyak ilmu ni berjalan berterusan.. Alhamdulillah hari ni berjaya habiskan sebuah buku lagi, setelah beberapa minggu membacanya. Buku ini sarat dengan fakta dan huraian menerangkan tentang fitnah yang berlaku terhadap para sahabat Rasulullah. Buku ini juga menceritakan asal- usul puak Syiah yang timbul pada zaman pemerintahan Khalifah Uthman r.a. Kita semua sedia maklum adanya puak Syiah di muka bumi Allah ni. Di Malaysia pun ramai. Tapi kita mungkin tak tahu dengan mendalam pasal Syiah, siapa yang mengasaskan fahaman ni, dan apa yang dipegang oleh mereka. Melalui buku ni, barulah saya tahu bahawa pengasas Syiah adalah Abdullah bin Saba'. Dia ni bekas Yahudi yang masuk Islam. Dialah yang mula- mula menimbulkan fitnah terhadap Khalifah Uthman. Dia telah mengumpulkan pengikut yang terpedaya dengan dakyahnya, meliputi beber

Mengatasi anak asyik nak melekat aje :)

Image
Assalamualaikum dan salam sayang. Nak berkongsi sedikit sebanyak hasil pembacaan buku yang Kak Pah pinjamkan, Terima kasih Kak Pah;).. Moga sama- sama beroleh manfaat.. What to Expect the toddler years dari Heidi Murkoff. Istilah 'melekat' bak kata orang kita, dalam buku ini disebut clinging/ dependence; situasinya banyak berlaku pada mana- mana ibu atau anak. Anak takut kalau ditinggalkan.Walaupun dalam bilik yangsama, kalau ibu buat kerja lain, anak bergayut aja di deluar/ kain batik.hihi.. macam saya jugaklah. Kadang- kadang terasa macam anak saya Muna tu macam sebahagian dari pakaian saya. Rupanya sesetengah metod yang dicadangkan dalam buku ni saya dah buat, dan Alhamdulillah Muna dah boleh buat aktiviti sendiri walaupun tak ada saya di depan matanya. Anak- anak di usia ni perlu lebih berdikari supaya berkembang baik fizikal, emosi, sosial dan pertumbuhannya, kata buku ini. 1. Pastikan kehadiran anda semula selepas pergi dari anak. Tatkala anak dah sebik2 tengo