Posts

Showing posts from August, 2015

Mak @ pondok

Image
Bismillahirrahmanirrahim Mak at pondok Hard to connect The line is bad But nevermind As prayers and good deeds never fails to reach Mak at pondok I remembered the first time i was sent to boarding school I hope she'll get the best way To be close to Him And gain a sound heart. Fi amanillah mak.

Sekeping surat, sebuah wake up call.

Image
Bismillahirrahmanirrahim Semalam semasa mengemas kotak surat yang bersepah, terjumpa surat ditujukan kepada "Parents of Muna Safiyyah Abd Muhaimin". Rupa- rupanya surat tawaran untuk Muna sertai Honeybeez Preschool yang jaraknya di belakang rumah kami sahaja. Sudah 2 bulan surat itu di situ. Jangka masa tawaran sudah ditutup, tapi masih boleh bincang dengan pengurusan sekolah jika berminat. Setelah berfikir, membaca beberapa topik tentang homeschool vs public school, saya pun mengambil keputusan. Bila suami balik dari school, saya menyatakan tentang surat tersebut dan keputusan saya untuk homeschool. Beliau tanya takkah saya mahu mencuba hantar untuk beberapa jam. Prasekolah di sini, apabila umur murid cukup 3 tahun, dapat percuma 15 jam. Saya rasa apa yang saya fikirkan cukup jelas. Berbagai- bagai isu saya nyatakan kepada suami. Akhirnya saya menyimpulkan keputusan saya dengan menyatakan yang saya mampu untuk mengajar Muna di rumah (dengan masa, sedikit ilmu dan k

Program Mengaji dan Summer Camp episod 2

Image
Bismillahirrahmanirrahim. Alhamdulillah summer camp kami telah melabuhkan tirai pada Jumaat lepas 21/8/15, dengan sesi berkelah bersama ibu- ibu. Berikut merupakan aktiviti yang telah kami jalankan sebagai aktiviti iringan kelas mengaji. 1. Eksperimen Milk Explosion 2. Aunty Lani belanja pizza!!! Jazakillahukhair Aunty Lani! :) Semoga sukses menyelesaikan phD dalam masa yang ditetapkan..hihihi.. 3. Anak- anak secara sukarela menadah kitab. (Sebab nak cepat ngaji, boleh join next aktiviti, ehh.. ;P) 4. Painting dengan teknik capan menggunakan kentang, lobak. daun dan bunga. 5. Seni anyaman meningkatkan kemahiran psikomotor dan berfikir anak- anak.. masya Allah.. 6. Yummm... Aunty Zaty Alan datang untuk ajar dekorasi cup cake :).. dengan cream cheese dan fondant. Mak- mak pun tekun mendengar. Terima kasih Aunty Zaty!!! Hasil kerja anak- anak  7. Eksperimen 'dancing raisins'. Aunty Wana ajar Kimia sedikit sebanyak

Black poop, Maryam??

Bismillahirrahmanirrahim This morning Maryam had black stool in nappy. That doesn't seem good, I thought. So I keep it unquestioned until midnight. After googling it, I found that it probably blueberries was the cause. Hehe. True, I have been giving her blueberries these two days. She had a handfull and a mouthfull. Let see if mama stop giving you blueberries dear. Black poops, in fact sometimes caused by blood, supplement(like iron-riched) or the food that you have given to your child. Therefore it is important for you to try to keep track of your children activities. If you have something worst boggling in your mind, be quick to see a doctor. And, it's really helpful to be able to GOOGLE too. May Allah give a good health for all of us.. Amin..

Kisah Summer Camp 2015:: menghiasi kelas mengaji di musim cuti sekolah.

Image
Bismillahirrahmanirrahim Program Mengaji Musim Panas 2015 ada tiga hari lagi untuk berakhir. Berikut merupakan inti pati program yang kami, [para suri rumah ;) bersama Sekolah Malaysia Southampton] anjurkan. PROGRAM MENGAJI CUTI MUSIM PANAS OBJEKTIF: Mengisi masa terluang anak- anak dengan pendidikan awal Al Quran dan pelbagai aktiviti yang merangsang minda. Meneroka minat dan cara pembelajaran anak- anak terutama dalam membaca Iqra’ (Audia/ kinestatik/ visual). Mendedahkan anak-anak pendidikan awal tentang sains, ilmu kemahiran hidup dan seni kreatif MASA PROGRAM Tempoh: Empat minggu sepanjang cuti sekolah. Masa: Isnin hingga Rabu. 10 pagi- 12 tengahari. TENAGA PENGAJAR Rashidah Ainn Husna Shila Zawana Auni AKTIVITI Murid tiba dan diberikan worksheet untuk dibuat sementara menunggu murid lain/ murid berkumpul dan mendengar/ membaca surah- surah pendek. Murid berkumpul untuk melaksanakan aktiviti (sains, life skill,

Nasihat yang masih meMEKAR di hati, dari bumi Wales

Image
Bismillahirrahmanirrahim. Dalam mencari erti kehidupan, seseorang akan temui pelbagai perkara yang sebenarnya perlu difikirkan. Terjadinya sesuatu perkara itu, bukan sia- sia. Semuanya bersebab, dan juga menjadi ujian buat sesiapa yang masih bernafas di bumi Tuhan ini. Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan Bumi, dan silih bergantinya malam dan siang, terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal. Yaitu orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri dan duduk, dan dalam keadaan berbaring, dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi sambil berkata: "Ya Tuhan kami, Engkau tidak menciptakan ini dengan sia-sia! Maha Suci Engkau! Maka peliharalah kami dari siksa neraka." (3:190-111) Nasihat Cikgu Abdoh . Tidak semua yang Cikgu Abdoh ceritakan dan nasihatkan dapat kusimpan dalam memori ini. Tetapi, satu perkara, aku mengingat beliau sebagai sebuah nasihat itu sendiri. Apa yang beliau sampaikan, kulihat itulah yang ada pada diri beliau. Beliau

MEKAR 2015, Kembara Hamba Mencari Pencipta di bumi Wales

Image
Bismillahirrahmanirrahim. Dari FB Mekar:) PORT TALBOT WALES, 6-8 April 2015 – HALUAN UK-EIRE dengan jayanya telah melabuhkan tirai program berkala musim bunga di bumi ratu iaitu program Mesra Kembara 2015 (MEKAR) yang dihadiri seramai 64 peserta, setelah 3 hari bersama membina ukhuwah dan mahabbah dalam rangka mendekatkan diri kepada Allah swt. Dengan bertemakan ‘Kembara Hamba Mencari Pencipta’ MEKAR kali ini sudah pasti mengukir kuntuman ukhuwah dan memori indah di hati para peserta setelah mengikuti pengisian-pengisian serta aktiviti yang disediakan. MEKAR 2015 bermula pada hari pertama 6 April 2015, di mana para peserta mula menghadirkan diri ke L&A Outdoor Centre, Port Talbot, Wales. Aktiviti pertama bermula dengan slot “Mind Setting” dan sesi perkenalan diri yang dikendalikan oleh pengarah program MEKAR 2015, En. Muhammad Firdaus Hashim. Seterusnya, aktiviti disebelah petang dirancakkan lagi dengan pertandingan futsal dan Barbeque yang disediakan khas oleh AJK ME