Feeling 20/6/2021

 Bismillahirrahmanirrahim

Menulis adalah satu terapi untuk aku. Memang blog ni tak ada siapa baca..itu lebih baik. Tapi  ada masa- masanya aku akan melawat balik isi hati aku di sini. Buku diari pun ada hehe.. tapi sekali- sekala kita go paperless. 

Hari ni aku rasa aku nak give up. Nak quit master.

Dan perasaan ni datang setiap kali aku rasa kecewa dengan diri aku sendiri dalam menyeimbangkan tanggungjawab sebagai seorang ibu.

Quit memang tak bagus. 

Buat masa ni aku cuma minta petunjuk dari Allah, mohon sebanyak- banyak kekuatan dari Allah dan lakukan semampu yang aku boleh.

Pagi tadi Allah pujuk aku. Menangis- nangis aku baca surah Ali Imran pagi ni. semua tuju pada diri aku.

Paling tinggi sekali tamparan bila sampai ke ayat:

"Adakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum nyata bagi Allah orang- orang yang berjihad di antara kamu, dan belum nyata orang- orang yang sabar.

Dan kamu benar- benar mengharapkan mati syahid sebelum kamu menghadapinya; maka (sekarang) kamu melihatnya dan kamu menyaksikannya."

Ali -Imran :142-143

Tweet dari @fakhrifadzli:

Nabi Zakariyya ada pada baginda tiga sebab untuk berputus asa; tulang yang lemah, kepala yg beruban & isteri baginda mandul. Tetapi ini sedikitpun tidak menjadikan baginda hilang harapan; "aku belum pernah kecewa dalam berdoa kepadaMu, Ya Allah." Tingginya keyakinan baginda.

Comments

Popular posts from this blog

Satu hari 17/11/15 jurnal

Solat, sabar, khusyu'

Checkpoint 1