Macam Kura-kura 22/6/2021

 Alhamdulillah, mesti kena sebut Alhamdulillah untuk segala hal walaupun rasa susah hati. Sebab kali ni terasa macam kura- kura. malam, tak mampu nak stay up atau bangun awal 2-3 pagi. Sempat sekejap sahaja sebelum azan subuh. 

Pagi dah kelam kabut dengan kerja- kerja rumah dan pdpr anak- anak. Sesudah habis pdpr, perlu tengokkan anak- anak yang menyambung hadap gajet. kalau tak dihalang, berjam- jamlah menghadap gajet. kalau dibiarkan, boleh saja. Tapi ada akibatnya juga. Anak- anak akan jadi ketagih dan seolah- olah payah nak menumpukan perhatian bila belajar dan mengaji. Semuanya struggle.

Sungguh pun, aku masih menahan hati. Semalam mendengar Ustaz Hanan Attaki mengajar tentang redha dan sabar. Segala yang datang dengan ketentuan Allah itu pasti bersama kebaikan.

Ada sesuatu yang aku pendam. Selama 10 tahun, aku bersuara. Kali ni aku mendiamkan diri. Mengasingkan hati aku beberapa hari untuk aku memahami dan menyerahkan kepada Allah, mudah- mudahan aku beroleh petunjuk.


Comments

Popular posts from this blog

Satu hari 17/11/15 jurnal

Solat, sabar, khusyu'

Checkpoint 1